Showing posts with label Teoh Beng Hock. Show all posts

Tolak laporan suruhanjaya, mahu semakan semula



KUALA LUMPUR — Keluarga Teoh Beng Hock kemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian setiausaha politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu. “Keputusan bunuh diri tidak dapat diterima oleh keluarga (Teoh),” kata peguam kepada keluarga Teoh, Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.
“Suruhanjaya diraja adalah tribunal yang rendah dari struktur undang-undang dan apa sahaja keputusan dibuat oleh tribunal yang rendah boleh disemak balik oleh Mahkamah Tinggi,” kata beliau.
Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu “baris demi baris” untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan.
Karpal berkata, beliau tidak dapat fikirkan sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas tiga pegawai yang dinamakan selain tindakan disiplin.
Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo bagaimanapun berkata mereka sedang meneliti satu peruntukan dalam undang-undang yang boleh digunakan untuk meliputi tindakan ke atas pegawai-pegawai terbabit.
Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
Seterusnya >>>

Pornthip : 'Teoh Beng Hock Dicekik Sebelum Jatuh'


Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.
Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.
Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.

    * dicekik dengan menggunakan tangan,

    * leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,

    * ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.

Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.-Malaysiakini
Seterusnya >>>

Pegawai SPRM tonton video lucah selepas soal siasat Beng Hock

NONE

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Tan Sri James Foong hari ini, lapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.
Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.
Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin:
Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.
Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.
“Ini tiada kaitan dengan kerja… mungkin inisiatif sendiri,” katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.
Seterusnya >>>

PM Didakwa Hanya 'Menanam Tebu Ditepi Bibir'


SHAH ALAM 5 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dilabel ibarat sekadar 'menanam tebu di tepi bibir' sahaja apabila dilihat masih tidak mampu menunaikan janji yang telah diberi kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock sewaktu mengadakan pertemuan kali pertama dengan keluarga itu.
Adik Mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan berkata, jika Perdana Menteri ikhlas mahu membantu menyiasat kes ini, beliau sepatutnya memenuhi segala permintaan yang dibuat keluarga mendiang supaya dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin.
"Ini keikhlasannya tidak dibukti dengan perjalanan inkues sepanjang setahun lebih, sekarang Suruhanjaya Diraja menolak semua permintaan kami hanya kerana mereka tidak mahu kes ini ditukar lagi tetapi pada asalnya siapa yang menukarkan keadilan, kebenaran sepanjang kes ini," katanya.
Lee Lan juga turut mempersoalkan sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, inkues Teoh Beng Hock jelas menunjukkan mereka hanya menjalankan siasatan yang disifatkan sebagai berat sebelah.
"Semua orang boleh lihat bagaimana inkues menjalankan tugasnya dan anda beritahu saya, adakah mereka menyiasat dari segi membunuh diri atau dibunuh, jawapan yang sangat nyata, mereka hanya menyiasat dari segi dibunuh.

Perdana Menteri meyakinkan kita bahawa inkues akan memberikan satu jawapan tetapi tidak, malah dianggap tidak munasabah. Kemudian beliau (PM) berjanji untuk menubuhkan satu siasatan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock," katanya.
Lee Lan berkata demikian ketika ditemubual oleh TV Selangor dalam program Fokus Berita.
Turut menemani beliau adalah, Penyelaras Rakyat Menyokong Beng Hock, Eng Yap Hwa.
Sebelum ini Najib Razak menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Julai tahun lalu.
Pada pertemuan itu, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee, emaknya, Teng Shuw Hor, abangnya, Beng Kee, adik perempuannya, Lee Lan dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Seterusnya >>>

Kes Teoh: Selangor pula tarik diri sertai suruhanjaya



KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kerajaan negeri Selangor turut menarik diri daripada menyertai prosiding suruhanjaya yang diadakan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, sehari selepas keluarga mendiang berbuat demikian. Suruhanjaya itu hari ini turut memutuskan untuk memanggil pakar patologi forensik Dr Pornthip Rojanasunand dan Dr Peter Vanezis sebagai saksi.
Pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong berkata, perkara itu diputuskan selepas panel itu meninjau lokasi kejadian di Plaza Masalam, Shah Alam pagi tadi.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berkata, kerajaan negeri itu memutuskan untuk menarik diri ekoran pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.
Semalam, keluarga Teoh yang gagal mendapat kebenaran suruhanjaya siasatan untuk menangguhkan prosiding bertindak menarik diri daripada terlibat dalam siasatan itu.
Peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga setiausaha politik itu turut gagal dalam permohonan mereka supaya Foong berundur sebagai pengerusi suruhanjaya.
Kenyataan menarik diri (daripada suruhanjaya) itu dibuat oleh Karpal sejurus selepas Foong menyatakan pendirian anggota untuk meneruskan prosiding tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan semakan kehakiman pihak keluarga Teoh mengenai keputusan suruhanjaya yang membenarkan tiga pegawai dari Pejabat Peguam Negara bertindak sebagai pegawai pengendali.
Foong berkata tiada sebarang alasan untuk pihak suruhanjaya meneliti semula keputusan mereka yang membenarkan Peguam Kanan Persekutuan Amerjeet Singh, timbalan-timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa dan Awang Armadajaya Awang Mahmud sebagai pegawai pengendali pada Isnin lalu dan bersedia memulakan prosiding.
Mengenai isu pelantikannya sebagai pengerusi suruhanjaya, Foong berkata kesemua anggota berpendapat beliau tidak perlu berundur dan tiada asas yang menyokong permohonan itu.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Malah semalam, suruhanjaya memutuskan untuk memanggil semua saksi yang pernah memberi keterangan dalam inkues setiausaha politik kepada exco Selangor itu.
Mengikut rekod, sepanjang inkues lepas seramai 37 saksi dipanggil termasuk Dr Pornthip.
Selain itu Foong berkata terma-terma rujukan di dalam suruhanjaya lebih luas berbanding inkues sebelum ini dan ini membolehkan soalan yang tidak boleh diajukan pada prosiding inkues dikemukakan pada saksi dalam suruhanjaya.
Katanya, bagi saksi yang tidak dapat hadir pihak suruhanjaya akan menerima pakai kenyataan mereka dalam nota prosiding inkues.
Anggota lain Suruhanjaya itu ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan manakala pakar forensik terdiri daripada Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Seterusnya >>>

Keluarga Beng Hock Keluar Dari Prosiding Suruhanjaya Diraja



KUALA LUMPUR 16 FEB : Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini memberi tamparan heabat kepada Suruhanjaya Diraja apabila bertindak keluar dari prosiding siasatan kerana keputusan Suruhanjaya yang enggan mengundur diri dari mengendalikan siasatan berkenaan.
Keluarga itu memutuskan demikian selepas panel diraja itu memutuskan pengerusinya Tan Sri James Foong tidak perlu menarik diri walaupun masih merupakan hakim Mahkamah Persekutuan
Suruhanjaya Diraja sebulat suara memutuskan bahawa tiada asas kukuh untuk pengendali mengundurkan diri.
Malah panel Diraja juga tidak akan ditangguhkan untuk menunggu semakan kehakiman yang difailkan Peguam Negara.
Mereka kemudiannya meninggalkan kamar mahkamah bersama-sama peguam Gobind Singh Deo, Karpal dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Karpal diawal prosing hari ini memohon pengendali Suruhanjaya Diraja (RCI) mengundurkan diri kerana beliau merupakan hakim Mahkamah Persekutuan.

Pendapat itu turut disuarakan oleh Malik Imtiaz yang berhujah, sekiranya kes itu nanti dibawa ke Mahkamah Persekutuan, ia akan mengakibatkan berlakunya keadaan berat sebelah.

Sementara itu, salah seorang daripada dua Timbalan Pendakwaraya (DPP) yang diminta untuk tidak diserapkan dalam Suruhanjaya Diraja oleh keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Amarjeet Singh berkata, RCI sudah memutuskan penglibatan mereka bertiga dan meminta supaya keputusan itu dihormati.

Namun Gobind Singh Deo bertegas akan tetap memfailkan permohonan itu.

Gobind meminta lebih masa untuk berbuat demikian memandangkan berlakunya masalah bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 11 pagi tadi.    
Sebelum ini RCI menetapkan supaya prosiding diteruskan walaupun semakan inkues yang difailkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada awal ini masih belum diputuskan dan menolak permohonan keluarga si mati supaya menyingkirkan DPP yang mengendalikan prosiding tersebut.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempengerusikan suruhanjaya tersebut.
Seterusnya >>>

Kes Teoh: Inkues putuskan 'open verdict'

SHAH ALAM, 5 Jan: Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".

Dalam pada itu ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan TBH.
Dalam pada itu, suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock.
Selain anggota keluarga Teoh dan peguam yang mewakili pelbagai pihak, turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan beberapa pemimpin pakatan rakyat.

Antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, Naib Presiden baru PKR, Nurul Izzah Anwar dan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad.

Para petugas media dan orang ramai mula memenuhi perkarangan mahkamah sejak jam 1.45 petang tadi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Seterusnya >>>

Keputusan inkues Teoh 5 Januari depan

beng-hockSHAH ALAM:  Keputusan inkues mengenai punca kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor yang mengambil masa lebih setahun, akan diketahui 5 Januari depan.
Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar kes itu sejak 29 Julai tahun lepas menetapkan tarikh itu selepas membenarkan kesemua pihak memfailkan hujahan balasan selewat-lewatnya 27 Disember ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota exco, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.
Inkues itu diadakan kerana kematiannya didakwa menimbulkan tanda tanya berikutan kehadirannya di SPRM beberapa jam sebelum itu untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.
Pada awalnya inkues itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan tetapi ia berlarutan sehinggalah kes ditutup pada 4 November lalu.
Sepanjang prosiding, 37 saksi dipanggil termasuk beberapa pegawai SPRM serta pakar patologi terkenal Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip yang dijemput oleh kerajaan Selangor untuk membantu siasatan telah menimbulkan kontroversi pada peringkat pertama menghadiri prosiding itu kerana mendakwa Teoh berkemungkinan dibunuh, dan ini menyebabkan kubur Teoh digali semula bagi tujuan bedah siasat kedua.
Beliau yang mendakwa telah diugut supaya tidak menghadirkan diri untuk prosiding inkues itu akhirnya hadir buat kali kedua pada 18 Ogos lalu, dan mengubah pandangannya berikutan post mortem kali kedua mengenai Teoh, dengan berkata Teoh tidak dipukul atau didera.
Pada prosiding hari ini, anak Teoh berusia 10 bulan dibawa ke mahkamah dan dipangku oleh seorang abang Teoh.
Pihak yang membantu koroner dalam prosiding itu ialah wakil pihak kerajaan peguam Tan Hock Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abas; pihak keluarga Teoh diwakili peguam Gobind Singh Deo; pihak kerajaan Selangor diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar dan SPRM diwakili Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.
Seterusnya >>>

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.
Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

Kumpulan itu, yang tiba semalam bagi "mencari keadilan" untuk mendiang Teoh, ditahan di tepi jalan ketika sedang berjalan menuju ke kereta sambil membawa risalah tentang kes kematian dalam tahanan, kata penyelarasnya Chong Kok Siong.

"Lapan daripada kami diminta menyerahkan kad pengenalan kepada kumpulan 10 anggota polis, empat daripada kami membawa risalah sambil berjalan menuju ke kereta di Kampung Baru," katanya.

"Polis berpakaian biasa menyekat kami; dia kata, isu (kematian dalam) tahanan akan menjejaskan keselamatan, tidak boleh disuarakan secara terbuka.

"Tetapi, saya beritahu, angka (kematian) ini daripada Hisham (Menteri Dalam Negeri Hishammmuddin Hussein) di Parlimen, malah akhbar melaporkannya.

"Saya cabar dia, 'kalau kami betul, tangkaplah kami'," kata aktivis sosial itu.
Seterusnya >>>

Inkues Teoh: ASP Nazri nafi sembunyi maklumat tapi tiada arahan AG

inkuestbh SHAH ALAM, 14 Okt — Pegawai Penyiasat yang memberi keterangan dalam kes inkues Teoh Beng Hock hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak pernah menyembunyikan atau menyimpan apa-apa maklumat walaupun nota yang dikatakan ditulis oleh Teoh tidak dikemukakan lebih awal ke mahkamah itu.
ASP Ahmad Nazri Zainal berkata ketiadaan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berkaitan nota itu adalah disebabkan dirinya yang tidak memberi penjelasan lebih awal.
Pada prosiding lalu, Ahmad Nazri menjelaskan bahawa pada awalnya beliau menganggap nota yang dijumpai di dalam beg sandang Teoh itu tidak penting dan hanya berusaha mencarinya semula selepas tiga bulan kematian Teoh iaitu selepas mendapat nasihat pakar psikiatri.
Ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh adakah kelewatan mengemukakan nota itu sebagai eksibit merupakan teknik “menyembunyikan” oleh Pejabat Peguam Negara, Ahmad Nazri berkata: “Saya tidak tahu, tetapi yang saya tahu nota tersebut akan ditanda bila pegawai penyiasat memberi keterangan, lain-lain saya tidak tahu.”
Pada peringkat awal Ahmad Nazri menjelaskan bahawa beliau telah menjumpai nota berkenaan pada 7 Oktober 2009 dan memaklumkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara sehari selepas itu.
Ditanya Gobind siapakah yang membuat keputusan supaya nota itu tidak dikemukakan dan adakah daripada Pejabat Peguam Negara, Ahmad Nazri berkata: “Ya.”
“Sebagaimana saya beritahu saya tidak boleh memberi penjelasan bagi pihak pejabat Peguam Negara. Saya tahu ia akan ditanda juga di mahkamah. Mungkin sebab saya tidak dapat memberi penjelasan di peringkat awal sebab itu ia tidak ditandakan,” katanya.
Akibat Gobind kerap mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam mengemukakan bahan bukti, Ahmad Nazri berkata sekiranya tiada kejujuran, beliau tidak perlu membuat laporan mengenai kandungan nota tersebut dan boleh mendiamkannya sahaja.
“Jika kamu kata macam itu (ketidaktelusan pihak polis), ketika saya jumpa surat (nota) tu tidak seorangpun dalam dunia ni tahu tetapi saya jujur dan saya buat laporan polis mengenai perkara ini,” katanya.
Gobind yang memuji tindakan Ahmad Nazri itu bagaimanapun masih mempersoalkan kelewatan tersebut kerana berpendapat jika ia dikemukakan lebih awal pihaknya mampu mempersoalkan cara pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Teoh.
Antara kandungan nota yang dikatakan ditulis Teoh itu menyatakan bahawa beliau meminta maaf, sangat penat dan selamat tinggal.
Ahmad Nazri berkata beliau tidak menyiasat kandungan surat itu dan tidak mengetahui apakah tujuan nota itu disimpan walaupun telah dilaporkan sejak setahun lalu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas disambung pada 22 Oktober. — Bernama


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Inkues Teoh: Wujud keraguan ‘nota misteri’

inkuestbh SHAH ALAM: Pegawai penyiasat polis ASP Ahmad Nazri Zainal hari ini memberitahu Koroner Azmil Mustapha Abbas bahawa beliau menemui ‘nota misteri’ dalam beg sandang mendiang Teoh Beng Hock.
Katanya, ‘nota misteri’ ditemui ketika mendiang berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Julai 2009, sehari selepas Teoh didapati mati di tingkat lima Plaza Masalam, di sini.
‘Nota misteri’ diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud "Ean Yong, dalam keadaan tak menyalin fail dalam komputer saya mereka telah ambil komputer. Mereka asyik menyalahkan kamu. Minta maaf.
"Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu. Saya kata ‘mendapat kelulusan YB’. Mereka berdegil menaip menjadi ‘mengikut arahan YB’. Saya tak dapat membantu kamu, maaf. Minta maaf. Saya amat penat. Selamat tinggal".
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mengesahkan bahawa pegawai Ahmad Nazri adalah individu utama yang menemui nota kontroversi itu.
‘Nota misteri’ itu dikhabarkan adalah satu nota bertulis terakhir mendiang sebelum "membunuh diri" dan ianya hanya dikemukakan kepada mahkamah pada hari ini.
“Hanya ada satu nota yang dikemukakan sebagai bukti pada mahkamah hari ini. Pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyenaraikan nota itu sebagai antara bahan bukti yang ditemui dalam beg milik Teoh," kata Gobind.
Gobind berkata, nota itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Cina dan didapati turut mempunyai kesan cakaran daripada seseorang individu.
Pejabat Peguam Negara juga pada hari ini mengeluarkan kenyataan yang antara lain menyebut bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh Ahmad Nazri pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.
Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan keraguan di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik exco kerajaan Selangor tersebut.

"Seolah-olah telah dirancang" – Gobind
 
Gobind memberitahu pemberita mengenai keadaan yang berlaku yang menunjukkan seolah-olah sesuatu telah dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana bukti nota penting itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding perbicaraan.
"Saya akan memohon supaya inkues ini dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru tersebut yang disembunyikan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu pada 16 Julai tahun lalu.
Mahkamah menetapkan 14 Oktober depan untuk menyambung semula perbicaraan inkues tersebut.
Seterusnya >>>

Rakyat Mahu Malaysia Yang Demokratik, Hormati Hak Asasi

KUALA LUMPUR 16 Sept - Teoh Lee Lan, adik kepada mendiang Teoh Beng Hock mahu melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mengutama dan menghormati hak asasi rakyatnya dan bukan menindas dan menafikan kebebasan mereka.
Ketika di temui Suara Keadilan pada acara 'Inisiatif 47 Minit Bertafakur - Keamanan Untuk Malaysia', Lee Lan berkata setelah 53 tahun merdeka dan 47 tahun penubuhan gagasan Malaysia, negara masih ketinggalan daripada menegakkan keadilan sosial yang sebenar.
"Lihat sahaja kes kematian abang saya, Beng Hock, adik Aminulrasyid yang ditembak usia amat muda, Kugan yang mati dalam tahanan dan begitu juga kematian Altantuya yang sudah berlalu beberapa tahun tetapi masih belum mendapat keadilan.
"Secara peribadi saya rasa keadaan negara ini semakin buruk. Rakyat dikatakan mahu didahulukan tetapi ini hanya kata-kata kosong yang tidak membawa sebarang makna kepada mangsa ketidakadilan. Apa yang kita mahu ialah tindakan kepada kata-kata yang diluahkan," kata Lee Lan.
Beliau berkata sempena Hari Malaysia harapan beliau ialah agar semua rakyat bersama-sama berusaha merubah nasib mereka kepada masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
"Setiap rakyat Malaysia perlu tahu hak asasi mereka supaya mereka tidak ditindas dan dinafikan hak tersebut," ujarnya.
Acara anjuran 53 badan bukan kerajaan dan parti politik termasuk Jawatankuasa Hak Sivil di bawah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysians for Beng Hock, Saya Anak Bangsa Malaysia diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Kira-kira 100 peserta bertafakur selama 47 minit dari pukul 11.12 malam sehingga 11.59 malam di mana setiap minit menandakan setiap tahun penubuhan Malaysia.
Turut hadir Senator Dr S Ramakrishnan yang berkata setelah 47 tahun wujudnya persekutuan Malaysia, negara kini diancam dengan sentimen perkauman yang dipermainkan oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan politik durjana.
"Jadi tindakan kita berdiam diri selama 47 minit adalah sebagai satu tindakan simbolik kepada sesetengah ahli-ahli politik supaya lebih baik tutup mulut dan tidak bercakap mengenai isu perkauman yang boleh mengancam keselamatan negara," kata beliau. 
Seterusnya >>>

Nota 'terakhir' Teoh dikemukakan 20 Sept

Nota itu dikatakan 'wasiat terakhir' mendiang Teoh Beng Hock Beng akan dikemukakan sebagai bahan bukti dalam inkues kematiannya pada 20 September ini, bersama dengan terjemahannya serta bebebapa buku.

Juga akan dipanggil pada hari berkenaan ialah pegawai menyiasat dan pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yau.

Hari ini, koroner turut menetapkan pendengaran inkues tersebut disambung pada 22 Oktober.

Nota yang berada dalam simpanan peguam negara sejak Oktober lalu, pada mulanya hendak dikemukakan di mahkamah bulan lalu.

Bagaimanapun, ia dibantah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar, yang masing-masing mewakili keluarga Teoh dan kerajaan Selangor, dengan mendakwa bukti itu tidak dimaklumkan kepada mereka hingga ke hari berkenaan.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas sepanjang malam disoalsiasat sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pejabat SPRM terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Teoh ketika itu merupakan pembantu kepada pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dalam pemberian peruntukan kerajaan negeri.
Seterusnya >>>

Skrip Beng Hock Sama Dengan Anwar


20 Ogos - Lebih sedekad lalu, kerajaan mencadangkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mencederakan dirinya sendiri selepas didapati beliau mengalami kesan luka dan lebam pada tubuh dalam tahanan polis.
Kali ini, skrip yang sama diulang di inkues kematian Teoh Beng Hock apabila peguam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata mendiang telah mencekik dirinya sendiri, dalam pengawasan pihak berkuasa.
Banyak pihak berkata cadangan Datuk Abdul Razak Musa itu amat melucukan. Bahkan ada pembayar cukai yang berasa malu wang mereka digunakan untuk menggaji peguam seperti itu.
Menyifatkan ianya sebagai satu ciptaan-ciptaan pihak yang cuba melindungi diri mereka sendiri dan bertujuan untuk membuktikan Teoh Beng Hock membunuh diri, masyarakat mula mempersoal kewujudan bukti-bukti baru tersebut  sedangkan siasatan serta pemeriksaan awal tidak pula mengatakan beliau mencekik dirinya sendiri.
Selain dari itu tidak kurang juga komen yang mengatakan ia adalah idea lucu,bodoh dan tidak masuk akal  dan jelas sekali memperlakukan seolah-olah rakyat Malaysia bodoh sehingga tidak boleh menilai kebenaran dari perkara tersebut.
Rentetan dari kronologi kes tersebut dan juga beberapa kes yang ‘unik’ itu Malaysia, terutamanya dalam bidang perundangan mungkin bakal mendapat soratan meluas dunia dengan label tertentu.
Seterusnya >>>

Inkues Teoh: Bukan bunuh diri, kata Pornthip


Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.
Ia merupakan sambungan kepada keterangan yang diberikannya hujung tahun lalu, yang tidak dapat diteruskannya ketika itu apabila beliau tidak hadir di Mahkamah Koroner, dikatakan berikutan terdapat ancaman terhadap keselamatan dirinya.

Pada keterangannya tahun lalu, Pornthip menyuarakan pendapat terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera, dan mahkamah kemudiannya membenarkan mayat Teoh dibedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor, pada 22 November lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.
Saksi pertama
Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.
Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.
Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.
Tak sependapat dengan Dr Vaneziz
Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.
Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.
Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

'Ini adalah protokol'
Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.
Malik (kanan) selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.
Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun bota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.
Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sessinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.
Abdul Razak mencadangkan bahawa keterangan Pornthip adalah bersarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Thailand - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.
Cekik diri sendiri
Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.
Gobind bangkit dan mengarahkan Razak (kanan) menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.
"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak:
Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”
Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.
Pengalaman terjun bangunan
Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.
Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabakan koroner terketawa kecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthip maksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didadapti lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.
Satu lawan empat

Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. “Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!”
Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.

Razak: Satu lawan empat...

Pornthip:
Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak:
Kita bekerja berdasarkan majoriti.
Selepas Razak, giliran kerajaan yang dilantik oleh kerajaan Tan Hock Chuan memulakan soalannya.

Menjawap soalan Tan, Pornthip memaklumkan beliau tidak sependapat dengan keterangan Dr Shahidan bahawa kecederaan pada tengkuk Teoh adalah konsisten dengan kejatuhan.

Mahkamah koroner selesai menyoal-balas Porntip sebagai saksi pada jam 12.25 tengah hari.
Koroner Azmil Munthapa kemudiannya mengumumkan perbicaraan ditangguhkan sehingga 1 September ini.
Seterusnya >>>

Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.

teoh beng hock memorial night 160710 teoh familyDalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.

"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah),” kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'.
Seterusnya >>>

Nota terakhir, banyak persoalan daripada jawapan

Spekulasi berhubung nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh Beng Hock yang merupakan 'bukti terakhir' yang muncul awal bulan lalu, kini meninggalkan pelbagai tandatanya.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga merupakan majikan kepada bekas pembantu politik itu dakwaan nota itu wujud seawal bulan lalu tetapi hanya disahkan oleh pejabat peguam negara semalam menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan.

"Kenapa berita tersebut keluar daripada pihak Umno secara tiba-tiba, (iaitu) melalui blog dan Utusan (Malaysia) dan bukannya daripada pejabat peguam negara atau daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?" soalnya.

Kandungan dokumen tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh Utusan Malaysia susulan daripada satu sidang akhbar oleh sebuah NGO - Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Pada 24 Julai lalu, dilaporkan JMM menuduh dengan kewujudan 'surat penting' tersebut membuktikan bahawa Teoh - yang berumur 30 tahun ditemui terbunuh selepas menjalani soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 tahun lalu - adalah disebabkan tekanan yang kuat.

Ketika dihubungi, setiausaha agung JMM Tengku Amaluddin Sani berkata kumpulan itu difahamkan mengenai kewujudan dokumen tersebut "tiga atau empat hari" sebelum ia dilapor oleh media.

"Ia adalah satu perkara yang baik, untuk dijadikan sebagai bahan bukti (dalam inkues). Sekiranya dokumen itu benar, maka ia sesuai (dikemukakan) dalam mahkamah," katanya.

Blog pro-Umno memfokuskan banyak perbincangan mengenai dokumen tersebut dan menuduh peguam Tan Hock Chuan - yang mewakili kerajaan persekutuan - 'menyembunyikan bukti berkenaan.

Bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Nor pula meminta polis dan SPRM supaya menyiasat nota itu.

“Saya percaya Ezam juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu,” kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan.

Dokumen yang dpercayai 'nota terakhir' itu dijumpai dua bulan selepas kematian Teoh dan sepatutnya dikemukakan di mahkamah koroner semalam, tetapi ia dicabar oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Menurut Gobind, ia bercanggah dengan peraturan kerana dokumen itu telah disimpan sehingga pada pagi semalam.
Seterusnya >>>

Dua Bulan Selepas Kejadian, Peguam Negara Temui 'Bukti Baru'

Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh Beng Hock selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang Teoh, yang mungkin mengandungi petunjuk tentang kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP itu.
Penemuan bukti baru itu yang dikemukakan pagi semalam menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar semalam ditangguh sehingga 18 Ogos.
Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.
Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.
Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di
tingkat 14 bangunan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku.
Bagaimanapun, ia berkata Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang simati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan Rumi.
Kenyataan itu menjelaskan penemuan bukti tersebut mengejutkan pejabat Peguam Negara dan ia mengarahkan siasatan dijalankan.
Katanya nota itu dengan segera diterjemahkan, dan terdapat cukup fakta untuk nota itu dianalisis oleh pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia pada 9 Oktober dan kemudiannya pada 20 Oktober tahun lepas.
Menurutnya pemeriksa dokumen menyediakan laporan mereka, dan ia kemudiannya ditimbang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang tidak yakin dengan ketulenan nota itu disebabkan kekurangan contoh untuk mengesahkan tulisan tangan berkenan, khususnya tulisan Cina.
Tambahan pula, nota itu ditemui selepas dua bulan kematian Teoh dan ini akan menimbulkan syak wasangka tentang ketulenan dan penemuannya.
“Setelah mempertimbangkan faktor-faktor ini, Tan Sri Abdul Gani berpendapat nota itu tidak perlu dikemukakan sehingga, dan melainkan, pegawai penyiasat boleh menyediakan penjelasan yang memuaskan,” kata kenyataan itu dipetik Bernama,
Katanya terdahulu pejabat itu diberi penjelasan oleh pegawai penyiasat berkenaan bahawa beliau menjalankan pemeriksaan rapi selepas dinasihatkan oleh pakar psikologi iaitu kebiasaannya sekeping nota akan ditinggalkan dalam kes
bunuh diri.
“Berikutan itu, Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan nota tersebut dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah untuk mengelak sebarang akibat pada masa depan dan biarlah ia diputuskan oleh
koroner selepas menimbangkan penjelasan pegawai penyiasat dan laporan oleh pemeriksa dokumen,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pejabat itu merasakan bahawa tidak ada penyekatan atau penyembunyian bukti, dan keputusan untuk tidak menawarkan nota itu pada awalnya dibuat berdasarkan laporan pemeriksan dokumen serta penemuan nota yang boleh menimbulkan syak wasangka.
“Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan dokumen sebagai bukti hanya apabila pejabat itu telah berpuas hati tiada lagi kemusykilan,” katanya.
Seterusnya >>>