Showing posts with label Merdeka Centre. Show all posts

Populariti Najib merosot, Pakatan mendahului - Merdeka Centre

Najib performance

KUALA LUMPUR 3 Mei:  Kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk  Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.
Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.
Menurut keputusan kajiselidik yang dikeluarkan hari ini, 42 peratus bersetuju dengan pilihan “Pakatan Rakyat patut diberi peluang mentadbir negara” berbanding 41 peratus  berpendapat “Hanya BN boleh memerintah negara”.
Bagaimanapun, empat peratus enggan memberi respon manakala 13 peratus menjawab mereka “tidak tahu”, lapor Malaysiakini.
Populariti Najib menurun daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang – beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.
Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor “feel good” yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.
Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang

Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara – semuanya dalam margin 3 peratus undi.
Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.
Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.
Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India.
Seterusnya >>>

Populariti Najib merosot selepas BERSIH 3.0

NONERating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Mei jatuh sedikit ekoran kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan bukan Melayu.

Menurut pusat kajiselidik bebas - Merdeka Centre - rating
keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012.

Rating beliau merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.

Menurut kajiselidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sokongan untuk perdana menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus.

Pengendali kajiselidik itu berkata kemerosotan populariti Najib itu berlaku tiga minggu selepas perhimpunan raksasa BERSIH 3.0.
.
Seterusnya >>>

92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU


Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 -  menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.

Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.
Seterusnya >>>

49% tak percaya proses p'raya : Merdeka Centre

NONETinjauan yang dibuat dalam minggu-minggu sebelum perhimpunan BERSIH pada penghujung April mendapati hampir separuh daripada responden tiada kepercayaan dalam proses pilihan raya semasa.

Menurut tinjauan Merdeka Centre pada 14 hingga 26 April, sebanyak 49 peratus tidak percaya proses itu bebas daripada ketidakaturan.

Daripada 1,019 orang responden, hanya 20 peratus "sangat yakin" bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai.

Dari segi pecahan kaum pula, sebanyak 68 peratus responden berbangsa Cina tidak percaya pada proses itu berbanding 19 peratus orang Melayu berpendirian sama.

Masyarakat Melayu kelihatan lebih optimis dengan 57 peratus masih percaya berbanding 39 peratus lagi sebaliknya. Golongan India pula mencatatkan separuh tidak yakin.
Seterusnya >>>