Showing posts with label Exco Selangor. Show all posts

Exco Selangor : Pas dapat 4 tempat, guna formula 4:3:3

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

PELABUHAN KLANG - Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  
Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas), beliau sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan Pas dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dun berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
  
Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi Dun, DAP (13 kerusi) dan Pas (lapan kerusi) menggunakan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan Pas.
  
Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.
  
"Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Dun Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini, malam tadi.
 
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.
  
Mengenai calon PKR yang bakal menganggotai barisan exco serta sama ada Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tersenarai, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak akan diumumkan sehinggalah hari upacara mengangkat sumpah.
  
Ketika diminta mengulas tindakan DAP yang menamakan dua Adunnya iaitu bekasSpeaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kuota Exco, beliau berkata: "Itu cadangan mereka dan nama yang diterima akan diumumkan sebelum angkat sumpah pada minggu kedua."
  
Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Mei lepas, berangkat ke luar negara hari ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU13 dan beliau dijadual pulang Jumaat ini.
Seterusnya >>>

Isu Teo Nie Ching, Umno Tiup Provokasi Agama

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dari Pas menyifatkan Umno melalui akhbar kawalan mereka cuba mengambil kesempatan atas kejadian seorang pemimpin DAP masuk ke dalam surau.

Dalam hal ini, beliau meminta pimpinan Umno tidak cuba meniup provokasi agama yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk ke bahagian dalam surau Al- Huda di Kajang, dipolitikkan pimpinan Umno.

Niat baik Teo Nie Ching diputar belit dan dijadikan modal politik dan perkauman dengan niat jahat bagi meraih sokongan pengundi Melayu-Islam.

Sedangkan, Teo Nie Ching sekadar menyampaikan sumbangan memperbaiki pagar surau seperti yang diminta  penguurusan surau.

Semua orang akan mengambil kesempatan untuk menang 'political mileage' atau mendapatkan sokongan politik daripada perkara yang boleh menimbulkan salah tafsir atau salah tanggapan semua pihak.

"Untuk mengelakkan perkara seperti ini, kita kena proaktif, pengerusi surau dan masjid proaktif supaya tidak ada orang yang boleh mengambil kesempatan untuk menjadi su politik. Ini adalah perkara yang khilaf boleh diinterpretasikan dari pelbagai aspek," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berpandangan kontroversi melibatkan Teo Nie Ching tidak perlu diheret berpanjangan bagi mengekalkan keharmonioan negara.

Beliau berharap pengurusan surau lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya rasa pihak surau tidak memberikan nasihat yang sepatutnya. Dan saya rasa kalau diberi nasihat yang sepatutnya, saya rasa tiada masalah,” katanya kepada TV Selangor.

Sekalipun fatwa memaktubkan orang bukan Islam tidak dilarang memasuki bahagian dalam  surau atau masjid, Pas akur dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Seterusnya >>>