PETALING
JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) berkata bekas Timbalan
Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa merupakan jurucakap Umno yang berada
dalam Pakatan Rakyat.
Ketua DHPP, Hu Pang Chow berkata, sepatutnya ahli Parlimen Bachok itu menyertai Umno.
“Adakah kenyataan ini ada agenda tersembunyi? Kalau dia (Nasha) nak
pertahankan Islam, nak tunjuk alim, dia sepatutnya dia perbetulkan orang
Umno,” kata Hu.
Nasharudin petang kelmarin dilaporkan berkata, dalam menghadapi PRU13
mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan
sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Beliau yang juga ahli Majlis Syura PAS berkata, dalam konteks politik
hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah
masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk
membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti
terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan PAS sering dilihat
‘taboo’.
Beliau berkata demikian pada seminar dakwah Islamiyyah sebagai tunggak kekuatan umah di PWTC, semalam.
Menang sendiri
Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri
tanpa bantuan dari bukan Islam. PAS berada dalam Pakatan Rakyat (PR)
yang turut dianggotai DAP.
Bagaimanapun, Hu menegaskan jika PAS bergabung dengan Umno ini
bermakna parti Islam itu bersekongkol dengan penyalahguna kuasa, rasuah
dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno.
“Orang Melayu banyak yang miskin, terlibat dengan jenayah dan gejala
sosial. Adakah Nasharuddin mahu PAS terbabit sama?” tanya Hu.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron
Din dilaporkan mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri
pelancaran buku bertajuk Tinderbox: The Past and Future of Pakistan yang
ditulis oleh bekas ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang
dikatakan pernah menghina Islam.Sementara bekas ahli Parlimen PAS Sik,
Datuk Shahnon juga mempersoalkan hubungan PAS dengan DAP.
.
Seterusnya >>>
ALOR SETAR- Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin PAS tidak
akan rosak dan musnah dengan pelbagai serangan yang dibuat oleh media
Umno sekarang ini kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan tersendiri.
Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang berucap dalam Himpunan Hijau Menuju
Putrajaya pagi ini memetik satu pepatah China bagi menyokong kenyataan
beliau itu.
"Emas tulen tidak takut dibakar dengan api yang kuat," kata Pang Chaw
dalam ucapan di Markas Tarbiyah PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut
hari ini.
Beliau dipercayai mengulas isu muzakarah yang dipercayai beliau cuba dignakan Umno untuk memerangkap PAS.
Bagi beliau, PAS sudah cukup berpengalaman untuk diperangkap lagi dalam isu ini.
"Jangan mimpi untuk perangkap PAS dengan isu muzakarah.. pepatah Cina emas asli tidak takut kepada api yang kuat," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan saf kepimpinan PAS agar
berhati-hati mengulas sebarang isu sekarang untuk mengelakkan sebarang
salah faham kerana pihak lawan pandai putar belit kenyataan.
Dalam ucapan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS
kerana telah menterjemahkan buku Negara Berkebajikan ke dalam bahasa
Cina dan Inggeris.
Beliau berharap agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pula bagi memahamkan semua pihak tentang perjuangan PAS.
.
Seterusnya >>>
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sudah dapat meramalkan penghujung perjuangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sekian lama berada dalam Umno akan dilupakan begitu sahaja.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw mendakwa Umno seperti kacang lupakan kulit dan seolah-olah semakin hari cuba untuk mengetepikan Tengku Razaleigh.
“Bagi saya perkara ini tidak pelik, mereka ini tidak mengenang jasa veteran di dalam Umno dan apabila merasakan diri mereka sudah kuat, mereka akan tinggalkan orang tua ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat tergempar di Gua Musang yang mahukan Ku Li berundur secara terhormat.
Sebagai menghormati perjuangan Ku Li terhadap rakyat, Pang Chaw juga menasihatkan Ku Li supaya membuat keputusan yang bermaruah dalam dirinya.
“Keluar cara terhormat, biarlah mati dengan bermaruah dan bagi sesiapa yang memilih untuk masuk Umno perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan,” katanya.
Pang Chaw turut membidas pendirian ahli jawatankuasa Umno bahagian yang menyifatkan kenyataan Ku Li sering kali memihak kepada pembangkang dan mencemarkan imej parti.
“Ku Li adalah pemimpin yang sebenar, dia tidak duduk diam dan bukannya mengikut telunjuk Umno,” katanya.
Seterusnya >>>