Showing posts with label Ahli Parlimen Indera Mahkota. Show all posts

Tarik saman: Musa Hassan takut hadapi perbicaraan


KUALA LUMPUR 17 Oktober: Penarikan saman oleh Tan Sri Musa Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai cubaan bekas Ketua Polis Negara itu untuk membetulkan kesilapan lampaunya, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
“Beliau mungkin dah sedar, apa yang dilakukannya sebelum ini adalah atas arahan politik, dan mengakui kenyataan Anwar selama ini benar, memang wujud konspirasi,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.
“Malah beliau pun mungkin tahu, dirinya sudah di hujung tanduk dan dalam keadaan sekarang apa pun boleh berlaku, jadi eloklah dia bertaubat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan penarikan saman tersebut menunjukkan ketakutan Musa untuk menghadapi perbicaraan.
“Kalau dia (Musa) teruskan, semua kebenaran akan terbongkar, dan dia mungkin kalah,” katanya.
“Alasan logik lain yang boleh kita fikirkan, barangkali dia sudah dapat ‘petunjuk’,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi.
Seterusnya >>>

Umno BN saring Laporan Audit, ketepi penyelewengan NFC

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang hari ini tidak mendedahkan secara menyeluruh mengenai kepincangan dalam urus tadbir negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Beliau berkata, kelewatan 27 hari pembentangan laporan itu memberi peluang kepada kerajaan Umno BN memilih isu-isu tertentu untuk diambil perhatian dan mengenepikan isu-isu besar yang dibangkitkan.
“Laporan Audit sepatutnya menyentuh mengenai laporan kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2011. Dalam tempoh itu, kita harap ada satu laporan spesifik mengenai isu-isu yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tapi dalam laporan ini tidak mengandungi isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh itu.
“Kerajaan buat keputusan untuk membuat saringan mengenai isu apa yang lebih diutamakan untuk diisi dalam laporan tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Azan berkata, kerajaan sepatutnya menyentuh isu-isu besar yang berlaku sepanjang tahun lalu termasuk penyelewengan projek NFC (National Feedlot Corporation), isu rumah pertamaku, hutang isi rumah dan lebihan perbelanjaan luar jangka.
“Tapi malangnya semua ini tidak kelihatan. Walaupun Laporan Audit itu ada, tetapi untuk tujuan dokumentasi untuk diserah kepada Ahli Parlimen, ia telah disaring,” kata Azan.
.
Seterusnya >>>

Soalan Bersih 3.0 dalam peperiksaan cubaan hasut pelajar


KUALA LUMPUR : Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 merupakan usaha kerajaan meracuni pemikiran pelajar supaya berpandangan negatif terhadap penganjuran himpunan itu, kata Azan Ismail.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, kelompok Kementerian Pelajaran yang taksub terhadap Umno BN tidak faham mengenai tuntutan mereformasi sistem pilihan raya yang bebas dan adil seperti termaktub dalam lapan tuntutan gabungan NGO itu.
“Kempen Bersih adalah neutral. BN sendiri mendapat manfaat dari kempen itu. Tidak lain tujuan penulis soalan ini mahu ‘meracun’ pemikiran pelajar sekolah dan memberi gambaran negatif terhadap kempen Bersih,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Bukankah mahkamah mengatakan entiti Bersih bukan pertubuhan haram. Manakala hal berkaitan himpunan adalah perkara yang subjektif tafsirannya,” kata Azan lagi.
Beliau khuatir tindakan itu akan merebak dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat jika tidak dikawal.
“Kita bimbang akan ada soalan dalam subjek lain yang menjurus kepada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Apa yang berlaku kini hanya permulaan.
“Tindakan ini menunjukkan Umno BN terlalu terdesak sampai terpaksa memanipulasi soalan peperiksaan percubaan SPM,” kata Azan.
Dilaporkan, sebuah sekolah di Johor Bahru mengeluarkan soalan percubaan subjek Moral SPM berhubung perhimpunan Bersih 3.0 yang mengandungi dua gambar himpunan tersebut 28 April lalu.
Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ”Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?”.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan Bersih 3.0 dalam peperiksaan percubaan tersebut.
Puad beralasan, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.
“Paling melucukan, soalan pendidikan Moral tidak pula meletakkan asas moral itu sendiri. Sepatutnya soalan subjek moral itu memupuk perpaduan dan nilai keperibadan mulia. Bukankah isu moral begitu teruk kebelakangan ini? Kenapa itu tak disentuh?” soal Azan.
“Sebelum ini Umno BN sibuk tuduh Pakatan Rakyat. Hari ini, jelas membuktikan mereka sebenarnya yang melakukan perkara itu,” tegasnya.
.
Seterusnya >>>

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.
“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana ‘melepaskan’ kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.
Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.
“Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.
.
Seterusnya >>>

Ahli Parlimen Indera Mahkota ditawarkan RM5j untuk sertai BN

NONE

Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa beliau telah ditawarkan lebih RM5 juta untuk lompat parti menyertai BN pada tahun 2010.

Beliau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Azan memberitahu pemberita hari ini bahawa ia berlaku pada 27 Januari 2010 di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur di mana "ejen terbabit telah mengatur satu siri pertemuan".

Beliau mendakwa, mereka mewakili seorang pemimpin yang sangat dihormati, yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata Azan adalah "saksi utama" untuk membuktikan bahawa sememangnya ada operasi rahsia untuk memujuk ahli parlimen PKR melompat parti
.
Seterusnya >>>

Mahathir enggan bela Najib dalam isu Scorpene


KUALA LUMPUR 18 Jun: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan membela Datuk Seri Najib Razak dalam kes Scorpene, terutama selepas kes itu dibawa ke Mahkamah Perancis, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, orang kanan kepada Mahathir, Tun Daim Zainuddin gagal memperoleh kontrak pembelian kapal selam berkenaan.
“Pada asalnya, kontrak ini kepunyaan ‘orang Mahathir’, iaitu Daim Zainuddin. Tapi, sekarang ini jadi masalah bila timbul isu membabitkan Najib di mahkamah Perancis. Sebab itu kita nampak Mahathir tidak membela Najib,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Percaturan Mahathir masih belum selesai dan dia sangat cekap ‘sembunyikan diri,” kata Azan merujuk tindakan berdiam diri Mahathir.
Azan menambah, menggunakan syarikat proksi untuk membida projek kerajaan dan meluluskannya secara gelap merupakan amalan biasa Umno BN memperolehi dana pilihan raya, seperti urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.
“Cuma kali ini ahli Umno serba salah bila mereka tahu habuan yang sepatutnya sampai kepada mereka dibolot Najib dan Razak Baginda,” kata Azan.
.
Seterusnya >>>

Bagaimana kalau terjadi pada keluarga Ahmad Said


KUALA LUMPUR: Tindakan Yayasan Terengganu menarik balik pinjaman enam pelajar di Mesir menunjukkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak menyokong budaya ilmu.

Sebagai ketua kerajaan sebuah negeri, Ahmad sepatutnya menyokong pelajar-pelajar terbabit bagi melahirkan lebih ramai ilmuan bagi perkembangan budaya ilmu di negeri itu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, berkata yayasan tersebut tidak mempunyai hak untuk menarik balik pinjaman pelajar-pelajar terbabit hanya kerana dikatakan menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0, Julai tahun lalu.

"Bagaimana seorang menteri besar boleh bertindak demikian tanpa memikirkan keperluan pelajar-pelajar tersebut yang kemungkinan akan 'melarat' di Mesir?  Bagaimana sekiranya keadaan yang sama terjadi kepada anaknya atau ahli keluarganya?" soal Azan yang juga merupakan Ketua PKR Terengganu.

Beliau mempersoalkan perkara tersebut pada sidang media, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak Ahmad agar menarik semula sekatan pinjaman tersebut, di samping membayar ganti rugi kepada keenam-enam pelajar terbabit.

Akhbar tempatan minggu lalu menyiarkan keputusan Yayasan Terengganu untuk menarik balik pinjaman enam pelajar negeri terbabit yang dipercayai menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhamad Affandi Abd. Malik, memohon campur tangan
Kementerian Pengajian Tinggi berhubung isu tersebut.

Selain menyifatkan tindakan yayasan tersebut bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia, Affandi berkata tindakan itu juga seolah-olah tidak menghormati semangat keterbukaan yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, beliau menyerahkan surat kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang disampaikan melalui Azan untuk mendesak campur tangan menteri berkenaan.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Ketua AMK Terengganu, Al-Faisal Amjad.
Seterusnya >>>

Hutang sebenar negara lebih 53 peratus KDNK – Azan Ismail


KUALA LUMPUR 21 Mac: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.
“Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan.
“Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projek-projek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan,” ujar Azan.
Beliau turut menjelaskan, paras 55 peratus sebenarnya terlalu tinggi untuk dijadikan had siling hutang negara.
Beliau merujuk jawapan Awang Adek kepada soalan dari Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan tindakan kerajaan untuk mengawal hutang negara yang semakin meningkat.
Merujuk laman Malaysiakini, Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.
17 Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengatakan kerajaan memanipulasi belanjawan dengan tidak memasukkan beberapa projek mega dalam belanjawan, sebaliknya menjadi penjamin kepada syarikat yang membuat pinjaman.
Tony Pua juga mengatakan kerajaan juga secara sewenang-wenangnya meminda undang-undang untuk menaikkan had hutang negara, dari 40 peratus pada tahun 2003 hingga 55 peratus pada masa kini.
Bercakap lanjut Azan berkata, kerajaan turut mengheret rakyat untuk sama-sama menanggung hutang, sehingga hutang isi rumah negara mencecah RM600 bilion, antara tertinggi di dunia.
“Sebenarnya ini isu yang perlu dititikberatkan. Kerajaan Umno BN melalui polisi seperti kadar bunga dan caj bank, melahirkan rakyat yang terbeban dengan hutang yang cukup besar,” ujar Azan.
Seterusnya >>>

Azan : Kenapa Tidak Ada S'jaya Diraja Untuk Altantuya, PKFZ


KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Penubuhan Suruhanjaya Siastan Diraja (RCI) yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak lebih daripada daripada taktik terbaru Umno untuk ‘memanjangkan’  fitnah video lucah terhadap  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika kerajaan ingin menubuhkannya terpulang kepada mereka. Jika itu mereka rasakan satu cara  untuk memperbesarkan satu aib dan menjatuhkan kredibiliti ketua pembangkang, mereka dah ada cara, kalau mereka nak buat, buatlah dan itu tidak menjadi halangan,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.
Azan turut menyelar desas-desus bahawa Umno akan mengemukakan usul di Parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya diRaja itu.
Tambah Azan, sepatutnya penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja bertumpu kepada kes yang membawa kepada keraguan rakyat dan boleh mencemarkan nama baik negara.
“Perkara yang mendesak berkaitan Suruhanjaya diRaja biasanya melibatkan insiden yang membawa kepada keraguan seluruh rakyat Malaysia seperti kematian yang membawa kepada nama buruk negara.,”  kata Azan.
“Isu pembunuhan Altantuya tidak diselesaikan mengikut RCI (Suruhanjaya diRaja). Sepatutnya penubuhan RCI perlu dibuat untuk meneliti dan mengkaji kes, atau keputusan kes yang terselindung di bawah kematian Altantuya. Kes yang melibatkan kehilangan wang kerajaan yang berjuta ringgit seperti PKFZ sepatutnya ditubuhkan RCI,” katanya.
Azan berkata rakyat harus menolak cubaan Umno untuk terus mengapi-apikan isu video lucah yang direkacipta untuk menfitnah Anwar untuk mengalih perhatian terhadap isu-isu nasional yang memerlukan penjelasan kerajaan.
“Kita tidak boleh menyembunyikan dan pengalihkan pandangan rakyat dan pada masa yang sama boleh menunjukkan tahap moral kita yang rendah, kesukaan kita kepada isu video-video lucah  yang mendahului daripada isu-isu kepentingan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu beliau yakin penyebaran klip video yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih bermotifkan untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 “Saya sendiri telah melihat dan meneliti video itu dan saya mendapati video itu tidak lain tidak bukan untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keadaan yang cukup tidak bermoral. Setelah diteliti terdapat banyak keraguan dan saya rasa tidak ada alasan untuk mengatakan lelaki itu adalah Datuk Seri  Anwar.” Kata Azan.
“Kita tahu dan keluarga sendiri tahu mengikut video satu minit lebih yang dipaparkan  itu tidak ada kena mengena langsung atau mirip dan ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim dan keluarga telah menolak.Penolakan oleh keluarga mereka sangat mustahak kerana keluarga mereka sangat mengenali beliau dan menjadi testimoni yang sangat mustahak,” katannya.
Seterusnya >>>

Tayangan Video Lucah Secara Terbuka Ancam Keharmonian Negara



KUALA LUMPUR 22 MAC: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengatur tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara semalam hanya akan menghancurkan akhlak generasi muda negara.


Membidas isu tayangan video lucah yang kononnya melibatkan seorang pemimpin pembangkang, ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata pendedahan video tidak bermoral itu jelas permainan politik pihak berkepentingan sebagai serangan awal bermulanya pilihanraya Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.


Tambah beliau, isu ini bukan sahaja akan memberikan kesan terhadap pilihanraya negeri Sarawak tetapi juga kepada seluruh generasi muda yang seolah-olah mendapat mandat untuk menonton video lucah di tempat awam.


"Saya teringat dahulu, di satu video yang menunjukkan speaker dewan rakyat telah digunakan tetapi rakyat telah menolak kerana kandungannya terlalu tidak bermoral untuk menggunakan perkara ini. Walaupun ada kebenaran pada masa itu, dikatakan, tetapi elemen menggunakan bahan lucah ini memberi kesan bukan sahaja untuk pilihanraya tetapi juga seluruh generasi muda," tegas beliau.


Kata beliau, tayangan tersebut merupakan satu contoh politik yang boleh menjurus kepada kehancuran negara serta pihak yang menganjurkan tayangan tersebut patut diambil tindakan segera.


"Saya tak kisahlah, apa sahaja, siapa orangnya dan sebagainya tetapi kandungan video lucah dipertontonkan untuk tujuan tontonan orang ramai adalah salah sama sekali. Kita pun mengharamkan video lucah, undang-undang kita, macam mana pula kalau didedahkan oleh kerajaan ataupun pimpinan BN dan Umno? Kalau di Carcosa Seri Negara, takkanlah NGO nak buat kat situ, memanggil wartawan? semuanya mempunyai urusan berkenaan elemen politik yang nak digunakan," kata beliau lagi.


Azan seterusnya berkata, elemen seperti inilah yang akan menandakan bermulanya keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda.


"Sekarang diulang sekali lagi, untuk menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan.. Saya rasa, yang akan 'consume' perkara ini bukan ahli politik, kita bimbang akan dipergunakan atau diambil untuk tontonan orang-orang muda atau anak-anak muda. Jadi kesannya bukan sahaja untuk pilihanraya, kesannya memusnahkan generasi Malaysia, generasi akan datang negara kita,"tambah beliau.


Dalam pada itu, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata pimpinan PR tidak perlu membuang masa melayan fitnah sebegini kerana bukan perkara baru pimpinan gagasan itu diancam dengan pelbagai fitnah.


"Saya ingin katakan ini bukan perkara baru, daripada tahun 1998 memang pendekatan kita panggil fitnah-ugutan ini bukan perkara baru. Jadi bagi saya untuk pimpinan PR respon kepada dakyah-dakyah ataupun fitnah sebegini, itu satu ugutan kepada kumpulan yang salah," kata beliau.


Tambah beliau, pimpinan PR telah berjuang bersungguh-sungguh untuk kebajikan rakyat selama ini dan dasar yang diamalkan hanya boleh digagalkan sekiranya agenda perjuangannya terpesong.
"Saya rasa kalau setakat ugutan yang diberikan oleh kumpulan tersebut, saya rasa ini bukan perkara baru dan saya rasa ianya tidak akan ada kesan kepada masyarakat kerana masyarakat telah disajikan dengan pelbagai tolmahan dan fitnah terhadap Pakatan," tegas beliau.


Beliau seterusnya berkata, telah banyak fitnah ditaburkan ke atas PR hinggakan rakyat pada masa ini hanya mahu melihat sahaja, apa lagi pembohongan yang dapat dilemparkan oleh kumpulan tertentu itu yang jelas terdesak menjatuhkan kredibiliti PR.
Seterusnya >>>

Hapus Tol, Bukan Kurangkan





Penurunan kadar tol dibeberapa lebuhraya yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat menyarankan agar semua bayaran tol lebuhraya dihapuskan serta merta.

Ini berikutan pemotongan subsidi yang telah dikenakan terhadap rakyat menerusi petrol, gas dan minyak masak sepanjang tempoh pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang dihubungi Tv Selangor berkata penarikan subsidi petrol kerajaan sebanyak empat kali sehingga awal tahun ini berjaya menjimatkan lebih daripada RM25 bilion.
"Daripada RM25 bilion ini sepatutnya boleh digunakan untuk mengambil alih semua tol-tol dan lebuhraya yang ada termasuk Lebuhraya Pantai yang terbaru ini. Harganya tidak sampai tahap itu. Paling tinggi RM10 bilion hingga RM15 bilion sahaja. Maknanya kalau ambil alih tidak perlu bayar tol," kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kadar tol semasa RM1.60 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2), kawasan antara Petaling Jaya Selatan dan Kampung Medan, akan diturunkan daripada RM1.60 kepada RM1 berkuatkuasa esok.

Pengumuman ini merupakan kali ketiga kerajaan Malaysia menurunkan kadar tol sejak Bajet 2011 dibentangkan Oktober lalu.

Azan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri yang tidak konsisten sebelum ini berhubung dasar ekonomi "Buku Jingga" yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jelasnya, dakwaan negara akan muflis jauh sekali tersasar sebaliknya kerajaan pusat giat menciplak pendekatan tersebut.

"Najib sebagai Perdana Menteri selama ini tidak tahu akan perkara ini. Beliau hanya mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa mengetahui secara khusus. Maknanya pentadbiran Najib turut tertipu oleh kroni yang selama ini mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat," jelas Azan.

Tambah beliau, ini termasuk pemberian subsidi yang dimanipulasikan segelintir pihak.

Azan yang sering mengutarakan pandangan sudut ekonomi Pakatan Rakyat turut melabel kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai "pak turut"  tanpa sensitif terhadap kepentingan umum.

Jelasnya lagi, keperluan asas yang semakin mahal saban hari membuktikan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan sedia ada justeru secara senyap mengakui relevannya dasar "Buku Jingga".

Azan juga tidak menolak taktik memancing undi oleh Umno-BN menjelang spekulasi Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun jelasnya, kini kerajaan tidak mudah untuk memanipulasi kepintaran rakyat berikutan pemahaman lebih komprehensif terhadap isu subsidi dan dasar ekonomi negara.
Seterusnya >>>

Kegiatan 'Black Economy' Punca Pelabur Asing Lari

SHAH ALAM 21 JAN : Kegiatan 'black economy' atau 'ekonomi terlarang' di negara ini memberi imej buruk kepada negara dan menyebabkan kurang keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di negara ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang mengulas perkara ini menganggap hal ini menjadikan Malaysia kurang 'diminati' oleh para pelabur asing selain menjatuhkan imej bersih yang mahu ditonjolkan kepada negara luar.

Lebih parah, Azan mendedahkan bahawa aktiviti ini telahpun mula menyaingi aktiviti ekonomi dan perdagangan yang sah dan halal di negara ini.

"Aktiviti yang melibatkan 'black economy' ini merujuk kepada aktiviti yang terlarang termasuk perdagangan manusia, penyeludupan dadah, penyeludupan barang keperluan utama, semua ini berkait satu sama lain membentuk satu pentadbiran yang setanding dengan pentadbiran halal di negara kita seolah setanding dengan kerajaan kita," katanya.

Semalam,  Laporan yang dikeluarkan 'Global Financial Integrity' (GFI) berkaitan Pengaliran Keluar Wang Haram di kalangan negara membangun meletakkan Malaysia di tangga ke lima dengan sejumlah USD 291 billion atau RM888 bilion telah dibawa keluar secara haram.

Bank Pelaburan Amerika Syarikat, Merrill Lynch turut menyatakan dalam notanya minggu ini, Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus, Januari tahun ini.

Bercakap kepada Tv Selangor, Azan menegaskan bahawa disebabkan hal inilah, Malaysia dilihat sebagai negara yang tidak 'bersih' walaupun cuba menonjolkan imej sebagai negara 'Islam' yang sederhana dan moden serta pernah memimpin Pertubuhan Negara Islam Sedunia (OIC)

Baginya, retorik yang dibawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) bertentangan dengan hakikat sebenar apabila laporan badan-badan dunia seperti GFI, Transparency International (TI) dan pelbagai lagi menganggap Malaysia sebaliknya.

"Banyak polisi yang telah digubal kerajaan Umno-BN ini nampaknya tidak menjaga nama baik dan integriti negara kita maknanya tidak menjaga imej negara di mata dunia.

"Jentera pentadbiran di negara kita ini dilihat tidak berkesan. Mungkin melibatkan jentera kerajaan seperti Imigresen, SPRM, Polis dan banyak lagi institusi yang melibatkan Penguasaan. Dan kedudukan yang diberikan institusi antarabangsa bukannya soal persepsi kerana ini adalah kali ke tujuh atau ke lapan adanya

insitusi antarabangsa meletakkan kedudukan yang begitu buruk kepada negara kita," katanya.

Azan turut menyatakan kekesalan apabila kepimpinan utama negara turut seolah merestui keadaan ini.

Menurut Azan, pertanyaan beliau serta ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain mengenai kontroversi pelaburan 'wang panas' atau wang yang tidak dipastikan pelaburnya diendahkan oleh kepimpinan Najib serta kabinetnya.

"Saya pernah bertanya di parlimen tentang penilaian atau persepsi kita tentang kemasukan pelaburan wang-wang panas ini secara besar-besaran. Kerajaan menjawab seolah-olah kita memerlukan perkara ini akibat kononnya kita tak ada lagi FDI.

"Kemasukan wang panas ini dianggap dan diambilkira dapat membetulkan keadaan yang teruk tetapi dalam masa sama kita tak ambil tindakan sebaik untuk meneliti kandungan dalam pelaburan wang panas ini terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang," jelasnya lanjut.

-/ TVSelangor
Seterusnya >>>

Rasuah Dalam TM Hanya Satu Siri Pendedahan Kecil





SHAH ALAM 29 DIS : Dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang melibatkan syarikat komunikasi terbesar negara, Telekom Malaysia Bhd (TM)disifatkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail sebagai siri pendedahan kecil.
Katanya selepas ini akan ada pendedahan yang lebih besar terutama melibatkan kebobrokan pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Akhbar hari ini melaporkan dua perunding dari Malaysia yang dibayar mendapatkan “maklumat bukan awam” bagi mendapatkan kontrak spektrum 3G dari Telekom Malaysia.merupakan siri-siri kecil pendedahan sebelum terbongkarnya kebobrokan paling besar terutamanya yang dilakukan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Sogokan membabitkan Alcatel Lucent SA – laporan yang turut mendakwa pegawai kerajaan Malaysia terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan pemerolehan kontrak telekomunikasi.
"Syarikat Alcatel ini daripada Perancis dan bukannya beroperasi, berkedudukan atau ibupejabatnya di US tetapi ada syarikat-syarikat yang berkepentingan US akan terlibat seperti Motorola.
"Generasi ketiga telekomunikasi ini kita tidak ada lagi, semuanya kita guna kepakaran mereka tetapi lesen di berikan kepada Tan Sri Vincent Tan melalui Timedotcom," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan menafikan mana-mana syarikat yang mendapatkan kontrak berkenaan.
"Kemudian hari ini, cerita ini dibawa oleh rakan kongsi dari US, kerja-kerja melobi dan komisyen ada di Amerika dengan amaun tertentu yang dibenarkan iaitu sebanyak dua peratus maksimum yang dibenarkan mengikut undang-undang.
"Di Eropah, dalam sekitar 3-4 peratus tetapi masalah di negara kita, yuran kalau dicampur sekali kos menjadi seratus peratus. Sebab itu ianya tinggi dan agak melampau," jelasnya.
Ujar Azan, masalah ini terjadi berkemungkinan adalah disebabkan amalan orang-orang yang mempunyai kedudukan dan kuasa untuk meluluskan sesuatu mempunyai perangai mengambil wang pendahuluan atau yuran lobi dalam peratusan yang tidak munasabah.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan bahawa  Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang membawa kepada pemerolehan kontrak AS$85 juta oleh syarikat telekomunikasi ternama Alcatel, yang menurut sumber ia terdedah tiga tahun lalu tetapi tidak pernah disiasat.
Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 bagi mendapatkan “maklumat bukan awam” berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.
“Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil,” kata satu sumber.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu, yang terbongkar semalam walaupun pihak-pihak terbabit menyedari isu itu tiga tahun lalu.
“SPRM memandang serius dakwaan ini dan akan membuat semakan dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir sebenar tohmahan sebelum tindakan sewajarnya diambil,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

-/ TVSelangor
Seterusnya >>>

Saman Sime Darby: Kerajaan Cuma Mahu Tutup Pekung




Tindakan dua saman sivil Sime Darby Bhd yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa individu lain dianggap satu lagi sandiwara kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menutup pekung kerugian hampir dua bilion yang ditanggung Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC).
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata jumlah yang dituntut Sime Darby melibatkan peratusan kecil berbanding jumlah kerugian sebenar yang tidak didedahkan.

Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya hari ni memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua eksekutifnya memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan tanggunggjawab berhubung projek Bakun.
Semalam,Sime Darby Bhd  menuntut RM177 juta apabila memfailkan saman terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat pegawai utamanya.
Konglomerat kerajaan itu juga menyaman Datuk Mohamad Shukri Baharom iaitu bekas naib presiden eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti; ketua pegawai kewangan bahagian itu Abdul Rahim Ismail dan ketua unit minyak dan gasnya Abdul Kadir Alias serta Mohd Zaki Othman dari Sime Engineering.

"Apa yang berlaku sekarang didakwa dengan RM177 juta, 90 juta ini hanya jenis ikan bilis.

"Secara andaian mudah saya berani mengatakan jumlah yang didakwa yang dituntut itu hanyalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah yang patut ditanggung atau didakwa atau dipertanggungjawabkan sekiranya nak dipertanggungjawabkan orang-orang itu," katanya kepada Tv Selangor.
Tambah Azan lagi, beliau mempersoalkan saman sivil ke atas beberapa individu terbabit sedangkan beberapa individu besar dan pimpinan negara terus bebas tanpa sebarang pendakwaan.

"Jadi dalam kes Sime Darby ini kita tengok perancangan, seolah-olah ada perancangan yang begitu teliti dan rapi. Peringkat pembuat dasar, peringkat timbang-tara, perlaksaannya dan peraturan ada perancangan sehingga teruk begini, apa logiknya tiba-tiba apabila sudah tiada arah untuk mengenakan tuduhan kepada lima dan enam individu ini , orang yang bekerja dalam Sime Darby boleh mencuri dalam 200 juta, takkan lah dua malam punya kerja, atau sebulan punya kerja," soalnya.
Azan juga menjangkakan,selepas ini akan banyak lagi pendedahan kerugian yang dialami syarikat berkaitan kerajaan yang mengalami kerugian dan yang didakwa hanyalah 'ikan bilis'.

"Tidak lama lagi akan ada beberapa lagi GLC-GLC kerajaan yang besar dan bertaraf terbaik atau tertinggi dana yang dipegang akan mengikuti nasib dan mengikut jejak langkah Sime Darby," dakwa Azan.
Seterusnya >>>

Belanja RM66 Juta, PEMANDU Tidak Peduli Nasib Rakyat




Kerajaan Umno-BN langsung tidak mengendahkan rakyat jelata kerana didapati boros berbelanja wang rakyat tanpa mengira kesannya terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata tindakan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sudah membelanjakan RM66 juta bagi penubuhannya mencerminkan sikap kerajaan yang seolah-olah tidak berkait dengan rakyat.

"Pemandu ini, tak perlu kalau dah tak pandai, tak perlulah pergi bayar upah. Maknanya kerja-kerja yang dibuat di bawah Pemandu dan JPM, maknanya mereka ini seolah-olah tak tahu buat kerja dan kemudian terpaksa membayar syarikat-syarikat asing untuk mentadbir negara hingga melebihi RM60 juta," tegas beliau.

Beliau berpendapat kerajaan Umno-BN mungkin berfikir bahawa kerajaan tidak ada kaitan dengan rakyat dan kerajaan berhak berbelanja suka hati, bermewah dan membazirkan wang rakyat.

"Tetapi rakyat, hidup rakyat yang makin hari semakin susah dia (kerajaan) tak kisah, 'they dont care'. Seolah-olah kerajaan merasakan tiada kena mengena. Rakyat, itu rakyatlah dan kerajaan, itu kerajaanlah. 'they dont care about the people'," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan sehingga kini Pemandu masih tidak dapat menyelesaikan isu bayaran emolumen ataupun gaji kakitangan kerajaan yang amat besar iaitu hampir 40 peratus daripada belanjawan negara, iaitu kira-kira RM120 bilion.

Azan turut mempersoalkan tujuan penubuhan Pemandu kerana walhal pelanjaan molummen mmasih tidak dapat diselesaikan, inikan pula masih sanggup membayar syarikat asing.

"Kerajaan boleh berbelanja sesuka hati dan bila-bila masa mereka mahu tetapi rakyat terpaksa tutup mulut, mereka tidak boleh memberikan reaksi dan terpaksa menerima sahaja apa yang dilontarkan terhadap mereka. Inilah contoh kerajaan yang digelar kerajaan 'langit', bukan kerajaan 'rakyat', bukan kerajaan yang mementingkan rakyat," tegas beliau lagi.
Seterusnya >>>

Umno-BN Naik Harga Petrol Untuk Isu Kantung PRU-13

PetrolKenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba Ahad malam lalu bertujuan  mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangkakan Mac tahun depan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang melahirkan kebimbangannya berkata tindakan itu akan menyebabkan rakyat makin sengsara menanggung beban tersebut.

"Dulu kerajaan Umno-BN beri alasan terpaksa menaikkan harga petrol kononnya disebabkan harga bahan mentah itu di pasaran dunia.

"Alasan yang kedua selalu diberikan adalah apabila kadar pertukaran asing melibatkan mata wang Amerika Syarikat telah meningkat. Jadi untuk tidak menanggung kerugian maka kerajaan kata kita terpaksa menaikkan harga petrol," kata Azan ketika ditemui di Parlimen semalam.

Apa yang memusykilkan kata beliau, kedua-dua perkara tersebut tidak berlaku.

"Dari segi pertukaran asing, ringgit Malaysia lebih kuat maka bermakna sepatutnya kita lagi untung kerana nilai dollar AS jatuh.

"Yang kedua, tidak berlaku pun kenaikan harga minyak yang besar atau serta merta di pasaran dunia.

"Ini merupakan tanda-tanda Umno-BN bersiap-sedia mengumpul dana dengan  tujuan mengadakan pilihan raya," jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata beliau telah menjangkakan kenaikan tersebut apabila kerajaan Umno-BN menstrukturkan semula subsidi.

"Hasil daripada kesan penstrukturan semula akan menyebabkan harga minyak akan naik dan sudah tentu membebankan orang ramai.

"Ada banyak pendekatan yang banyak dilakukan, sama ada jangka panjang atau pendek. Jangka pendek adalah penstrukturan subsidi minyak kita cadangkan jangan membabitkan semua orang.

Contohnya kata beliau adalah orang berhak mendapat subsidi sepatutnya dikekalkan dan yang berpendapatan tinggi, pemotongan subsidi itu boleh dibuat.

"Bagi orang yang benar-benar perlu subsidi, layaklah dia dapat dan orang yang tidak perlu, oklah dia mampu naik berapa sen pun tapi dari segi bebanan kesan kitarannya harga barang akan naik yang akhirnya longgokan bebanan itu diserahkan semula kepada pengguna.

"Malah, saya lihat 'trend' harga minyak akan meningkat dan kita jangkakan ianya akan naik lagi sikit demi sedikit kesan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut," kata Dr Mujahid.

Umno-BN menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.15 kepada RM2.30 seliter yang berkuatkuasa tengah malam Isnin.

Sebelum ini, pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM2.15.
Seterusnya >>>

Kenyataan Biadap Perkasa Parahkan Lagi Imej Umno

azan15Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail membidas tindakan tersebut dengan berkata badan itu telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu.

"Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya.

"Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had.

"Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno.

"Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu," kata Azan.

Tambah beliau Perkasa kini diwakili oleh seorang 'budak' yang mempunyai pemikiran tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu menganggapnya sebagai biadap.

"Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan babi. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu.

"Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik, tidak gunakan akal yang dikurniakan Allah," tegas beliau.

Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang 'budak' yang baru hendak memahami tentang ilmu politik dan bukan seorang terpelajar dan berkedudukan tinggi dalam bidang ilmu.

"Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang rendah seluruh institusi Perkasa dan meletakkan taraf seperti orang ini," ujarnya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Seterusnya >>>

Sime Darby - Laporan Audit Forensik Atau Laporan Audit Biasa?

SHAH ALAM 17 NOV: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan laporan audit forensik untuk menyiasat kerugian konglomerat Sime Darby hanyalah laporan audit biasa bertujuan mengaburi mata rakyat. Laporan tersebut yang merumuskan Sime Darby mengalami kerugian RM2.1 bilion dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC Berhad) untuk menjalankan siasatan kemungkinan wujudnya amalan penyelewengan. "Saya bertegas bahawa laporan audit forensik yang disebut tentang kerugian Sime Darby RM2.1 billion bukan laporan forensik yang sepatutnya atau yang sepatutnya dikehendaki untuk melihat kerugian ini. Itu adalah laporan audit biasa. Menurut beliau, tajuk laporan tersebut semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat namun dijangkakan tiada penyenaraian terperinci berhubung kaedah penentuan penyiasatan audit yang mengakibatkan kerugian lebih dari RM2 billion.
Azan yang ditemubual TV Selangor berkata, laporan audit forensik sebenar dikeluarkan dalam bentuk berskala justeru mengambil masa lama untuk menyediakan laporan lengkap.
Beliau percaya, kerajaan persekutuan menyedari akan prosedur tersebut apabila arahan membuka kertas siasatan audit dikeluarkan namun seolah-olah mengenepikan kebijaksanaan rakyat menuntut penjelasan.
"Kalau dia umum terus laporan itu sekaligus, bukan laporan forensik namanya sebab disifatkan sebagai laporan forensik ini mesti ada pengumuman setiap tiga bulan atau frasa-frasa supaya hasil kemudian tidak boleh diseleweng," jelas beliau kepada TV Selangor.
Azan juga percaya ada unsur penyelewengan yang cuba disembunyikan berdasarkan laporan audit forensik yang tidak mengikut prosedur.
Beliau mengambil contoh laporan audit Kementerian Kerja Raya yang menfokuskan 30 peratus kes diklasifikasikan sebagai 'kes rujukan utama' daripada jumlah keseluruhan setelah menapis laporan yang diperoleh secara berperingkat.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menuntut Sime Darby mengemukakan laporan audit forensik berhubung kerugian RM2.1 billion konglomerat itu selain menyatakan tindakan undang-undang sivil sahaja tidak cukup kukuh menjelaskan kepada umum.
Kertas laporan audit forensik tersebut telah diserahkan kepada SPRM dan SC semalam untuk diteliti.
"Kalau betul kita mahu desak supaya dikemukakan kepada awam, maknanya ada pengumuman hasil penemuan oleh Ketua Audit Negera. Mesti ada penemuan. Dia tidak boleh setakat mengumumkan kepada umum," jelas Azan lagi.
Ditanya sekiranya terdapat usaha melindungi maklumat penuh laporan audit kerugian Sime Darby, Azan berkata kenyataan tersebut tidak dapat disangkal.
"Memang sudah tentu. Laporan audit forensik yang kita jangka dilaporkan ini, dipinjam nama sahaja. Tapi hasil laporan itu bukan hasil laporan audit forensik. Laporan biasa."
Azan percaya Sime Darby akan terus mempertahankan alasan salahurus pelaburan luar negara menjadi faktor kerugian selain pihak yang dilantik Sime Darby menguruskan projek luar negara.
Justeru kenaikan harga bahan mentah dan tenaga kerja akan terus dijadikan alasan munasabah diharapkan dapat diterima umum.
"Apa yang kita desak sekarang, sesiapa yang menyebabkan kerugian ini perlu dihukum. Itu yang kita tekankan bukan sebab musabab menjadi kerugian itu.
"Kalau betul dia mahu buktikan, kita sanggup berdepan jawatankuasa yang menyiasat ini dan kita mahu tengok apa kaedah yang digunapakai," tegas Azan.
Azan yang menjelaskan kepada TV Selangor begitu optimis menyatakan kerugian yang dialami Sime Darby merupakan unsur penyalahgunaan kuasa dan kelemahan dalam pengurusan dana syarikat itu ketika mengendalikan rundingan sebut harga projek mega di negara Timur Tengah termasuk empangan Bakun di Sarawak.
Seterusnya >>>

ETP Hanya Strategi Umno-BN Untuk Terus Bohongi Rakyat

azan15

KUALA LUMPUR 16 Nov - Kerajaan Umno-Barisan Nasional dilihat sengaja tidak mahu rakyat memahami tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana takut tembelang akan terbongkar jika maklumat sebenar didedahkan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata rakyat terutamanya ahli Umno sendiri tidak faham apakah itu ETP dan sekiranya mereka benar-benar memahaminya sudah tentunya akan membangkitkan kemarahan mereka. "Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata ahli Umno marah kerana dalam ETP tidak ada jaminan kepada kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

"Saya jangka semakin rakyat faham mengenai implikasi ETP, semakin ramai yang akan menolaknya," kata beliau.

Tambah beliau, untuk mencapai objektif "Negara Berpendapatan Tinggi" menjelang tahun 2015, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mesti tetap pada kadar 6 peratus setahun tetapi laporan Bank Dunia minggu lalu menyatakan kadar pertumbuhan ekonomi negara tahun 2010 hanyalah sekitar 4.1 peratus.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula sebelum itu berkata kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah pada kadar 8.3 peratus jadi percanggahan angka ini menyebabkan berlakunya kekeliruan.

"Ini menyebab rakyat tidak faham dan tidak percaya kepada kerajaan," jelas Azan.

Menurutnya lagi, ekonomi negara perlu berasda pada pertumbuhan 6 peratus terus menerus sehingga tahun 2015 jika ingin mencapai pendapatan per kapita daripada RM15,000 kepada RM40,000.

"Apa yang berlaku sekarang separuh daripada apa yang disyaratkan untuk mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi tidak berjaya.

"Angka pertumbuhan ekonomi antara Bank Dunia dan Menteri menyebabkan rakyat merasa kecewa terutamanya bagi ahli Umno kerana apa yang disebut oleh pemimpin Umno-BN tidak berlaku dan menjadikan ETP sekadar angan-angan kosong sahaja akhirnya," kata Azan.

Melihat kepada keadaan ini Azan tidak menolak kemungkinan ETP bakal menghadapi nasib yang serupa seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang hanya mencapai separuh daripada sasaran asal sebanyak 30 peratus setelah 20 tahun dilaksanakan.

Malah kaji selidik yang dilakukan portal berita akhbarUtusan Malaysia menunjukkan lebih 50 peratus responden daripada 1,538 peserta menyatakan mereka tidak faham dan yakin terhadap program ETP samada Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Di bawah ETP sebanyak 131 projek bernilai RM444 bilion dirancang untuk menjana peralihan kepada ekonomi  berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan KDNK pula dijangka akan melonjak daripada RM23,700 kepada RM48,000 dengan 3.3 juta peluang pekerjaan diwujudkan.
Seterusnya >>>

Ambilalih PLUS: Kadar Tol Dijangka Meningkat



KUALA LUMPUR 11 NOV: Kebimbangan utama disebalik cadangan pengambilalihan PLUS Expressways Bhd oleh UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) ialah kenaikkan kadar tol apabila disemak nanti.
Demikian kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang mana ujarnya pengambilalihan tersebut akan menyebabkan penstrukturan baru dari segi ekuiti, pengurusan dan pengendalian yang akhirnya kadar tol akan dinaikkan.
"Selepas 20 tahun dan konsesi lebuhraya ini hampir tamat, saya diberitakan akan ada pembaharuan konsesi di mana kerajaan memberi lampu hijau kepada UEM dan KWSP yang kepentingan sahamnya dipegang oleh Umno.
"Penstrukturan semula merupakan strategi asas untuk menaikkan kadar tol. Alasan yang akan diberikan kerana berlaku perubahan dari segi polisi, pengendalian dan sebagainya.
"Ini tentu akan dikatakan perbelanjaan pentadbiran baru yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pemegang konsesi (gabungan UEM-KWSP) yang sudah tentu menyebabkan kadar tol terpaksa dinaikkan," ujar beliau.
Dalam pada itu, Azan berkata KWSP yang tidak mempunyai kepakaran dalam pengendalian lebuhraya menjadi enjin utama sebagai penyumbang pelaburan dari segi kewangan.
"Saya tidak rasa KWSP mempunyai kepakaran dalam pengurusan lebuhraya, gabungan  antara KWSP-UEM akan membentuk satu konsortium yang baru di mana UEM akan diletakkan unit yang menjaga aspek teknikal sementara KWSP sebagai institusi yang hanya menyalurkan sumber kewangan.
"Di sini akan timbul konflik baru dalam gabungan yang tidak seimbang di mana dana KWSP daripada pemotongan gaji pekerja sektor swasta .
"Saya tidak pasti keuntungan daripada pelaburan yang dibuat ini akan dipulangkan kepada  penabung KWSP atau pun hanya menjadi rakan kongsi untuk tujuan pengambalihan sahaja," ujarnya ketika ditemui TV Selangor di lobi Parlimen, petang tadi.
Dalam kenyataan bersama, UEM dan KWSP berkata tawaran berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat agung luar biasa PLUS bulan depan.
"Pemerolehan semua aset dan liabiliti PLUS akan dilaksanakan oleh perantara pelaburan tujuan khas, yang 51 peratus milik UEM dan 49 peratus dipegang oleh KWSP," kata kenyataan itu.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris, berkata kumpulan akan terus mengekalkan standard penyenggaraan dan perkhidmatan pengendali lebuh raya itu untuk keselamatan pengguna lebuh raya.
Untuk rekod PLUS merupakan pemilik aset RM23 bilion  dan merupakan pengendali lebuh raya tol terbesar Asia Tenggara.


*print this page Print halaman ini
Seterusnya >>>