Showing posts with label Surendran. Show all posts

300,000 tiada IC mahu demo depan JPN 5 Dis



PETALING JAYA : Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.
“Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi.
“Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan ‘Duduk Bantah’ ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.
“Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini,” tegasnya.
Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu.
Seterusnya >>>

Ketua Polis Negara jangan ikut rentak BN – Surendran


KUALA LUMPUR: Pengumuman Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar bahawa video ‘Datuk T’ adalah tulen tidak sama sekali membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.
Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, sebagai reaksi kepada pengumuman KPN hari ini bahawa video itu adalah tulen.
Surendran turut mempersoalkan mengapa KPN terburu-buru membuat pengumuman itu walau pun siasatan belum lagi lengkap. Malah, ia merupakan satu lagi usaha mengalih tumpuan (red herring)  dan bersifat politik untuk memburukkan reputasi Anwar, kata Surendran.
“Perkara yang ingin diketahui orang ramai adalah mengapa polis dan Peguam Negara belum memulakan tindakan terhadap ketiga-tiga orang itu yang sudah membuat pengakuan bersalah memiliki dan menayangkan video lucah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002?” tanya Surendran.
Beliau seterusnya menggesa KPN agar tidak mengikut rentak BN dan menjalankan siasatan secara adil, saksama dan profesional.
“Kami menggesa KPN dan Peguam Negara menghentikan taktik melengah-lengahkan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap penjenayah sebenar dalam tayangan video itu,” kata Surendran.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dalam sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini membuat pengumuman bahawa video seks yang ditayangkan kepada umum oleh trio ‘Datuk T’ adalah tulen. Namun, Ismail tidak pula mendedahkan siapa pelakon di dalam video itu
Seterusnya >>>

Siasatan terhadap Anwar bermotif politik, berniat jahat


KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung  ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
“Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.
“Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.
“Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa,” tegas beliau.
Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.
“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujar beliau.
Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera dan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan BN ke atas pasukan polis.
Pada 27 Mac lalu, sepasukan lebih 200 anggota polis merempuh program ceramah yang dihadiri Anwar di Taman Melawati Gombak.
Dalam kejadian tersebut, Anwar diheret turun dari pentas ceramah,  menyebabkan kira-kira 5,000 yang hadir pada program itu, berang dengan tindakan polis tersebut.
Seterusnya >>>

Ceramah DNA: Siasatan ke atas PKR ditunda Rabu

NONE

Siasatan ke atas timbalan presiden PKR, Azmin Ali; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari kerana mengadakan ceramah tanpa permit pada Jumaat lalu telah ditunda ke Rabu ini.

Peguam Azmin, N Surendren ketika dihubungi Malaysiakini berkata siasatan yang dijadualkan di ibu pejabat polis Ampang terpkasa ditunda kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diperlukan hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula hari ini.

Sidang DUN itu dirasmikan oleh Sultan Selangor di Shah Alam, pagi ini.

"Kami telah maklumkan kepada polis mengapa Azmin tidak boleh hadir untuk soal siasat ghari ini dan mereka telah menjadualkannya Rabu ini,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya, Azmin juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa menyalah-gunakan kuasa mereka.

"Adalah salah bagi polis untuk menakut-nakutkan anak guam saya malam semalam. Kenapa melakukan ini pada tengah malam?” soal Surendren sambil mendakwa tindakan itu satu bentuk ganguan yang agresif.

Azmin tidak berada dirumahnya semalam apabila beberapa anggota polis berkunjung pada lewat malam semalam.

Menurut Surendran, Azmin, Saari dan Amirudin menghadiri ceramah pada Jumaat lalu. Azmin hadir sebagai ketua PKR Gombak, Amirudin pula adalah timbalannya di cawangan itu manakala ceramah tersebut diadakan di kawasan Saari.Tiada hak

Merujuk kepada kejadian itu, Surendren berkata polis tidak berhak menyerbu dan menghalang ceramah itu dan soal mendapatkan permit tidak timbul.

“Anak guam saya (Azmin) adalah MP Gombak dan beliau mempunyai hak berada di situ. Polis tidak mempunyai sebarang alasan untuk hadir dan menghentikan cermaha itu.

“Semuanya menjurus bahawa ia arahan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak)... ia btindakan politik kerana beliau tahu ceramah itu mengenai dirinya dan mendiang Altantuya Shaaribu,” kata Surendren.

Pada kejadian itu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga ditahan polis.

Kekecohan berlaku semasa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berceramah pada majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira
Seterusnya >>>

Gobala 'berniat jahat' tuduh Anwar tutup kuil Sivan

NONEPemimpin masyarakat India PKR hari ini tampil menyatakan sokongan mereka terhadap ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kecaman berhubung penutupan satu kuil Hindu di Petaling Jaya.

Antara penjelasan yang dikemukakan, keputusan untuk menutup kuil tersebut dibuat oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Anwar tidak terlibat dalam tindakan berkenaan.

Penjelasan itu dikemukakan salah seorang naib presiden baru parti itu N Surendran dalam satu sidang media bersama dua lagi pemimpin masyarakat India PKR -- exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan kelmarin bahawa Anwar bertanggungjawab menutup kuil Sivan berkenaan dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

Surendran berkata dakwaan itu "tidak munasabah" memandangkan Anwar merupakan seorang pemimpin nasional dan tidak terlibat dalam keputusan kerajaan tempatan.

Tambahnya, dakwaan yang disuarakan Gobalakrishnan yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti merupakan satu tuduhan "berniat jahat."

Kuil Sivan yang terletak di puncak Bukit Gasing di Petaling Jaya itu menjadi tumpuan utama Gobalakrishnan dalam menyuarakan rungutannya kepada pemimpin tertinggi parti itu, malah menyebabkan beliau melabelkan Anwar sebagai "anti-Hindu" dengan menutup kuil berkenan.

Manikavasagam turut menyatakan kekesalannya atas tindakan Gobalakrishnan menghamburkan tuduhan seperti itu.

“Jika Anwar benar-benar telah menutup kuil berkenaan, saya akan mula buat bising. Anda tahulah saya seorang pembuat bising.

"Tapi orang yang buat dakwaan ini juga perlu tahu cerita sepenuhnya mengenai kuil berkenaan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Xavier yang merupakan exco bertanggungjawab dalam hal ehwal bukan Islam di Selangor dalam pada itu itu pula menjelaskan, kuil itu bukan ditutup sepenuhnya.

“Ya, ia ditutup kepada orang ramai hanya sebab kerja-kerja pembinaan fizikal masih berjalan," kata Xavier yang juga bekas naib presiden parti.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian ke atas kuil berkenaan bermula sejak tahun 2006 lagi.

Kerja-kerja berkenaan dijalankan memandangkan anggota pemegang amanah kuil berkenaan mahu memperbesarkan kuil kecil berkenaan menjadi kuil Sivan terbesar di negara ini sehingga boleh memuatkan 100,000 orang penganut Hindu, kata Xavier lagi.

Ahli pemegang amanah kuil berkenaan termasuklah isteri kepada bekas presiden MIC Datin Seri Idrani Samy Vellu.
Seterusnya >>>