Showing posts with label Sivarasa. Show all posts

Akan lebih banyak akta zalim ganti ISA


KUALA LUMPUR: Kebimbangan banyak pihak bahawa lebih banyak akta zalim bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, sebenarnya berasas, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Ini kerana katanya, dua undang-undang baru akan diwujudkan bagi menggantikan ISA berasaskan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Tahukah anda bahawa Perkara 149 inilah yang mengesahkan kewujudan ISA,” katanya pada Forum Politik Malaysia Pasca ISA di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam semalam.
Selain Sivarasa, forum anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) itu turut menampilkan Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan pensyarah, Dr Wong Chin Huat sebagai ahli panel.
Manakala Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali turut hadir menyampaikan ucapan penutup pada forum berkenaan.
Sivarasa, berkata, Najib mengumumkan melalui akta baru itu, setiap tahanan akan dirujuk ke mahkamah terlebih dahulu sebelum tahanan lanjut, kecuali melibatkan pengganas.
“Tahukah anda, sebelum inipun, kebanyakan tahanan didakwa atas alasan terlibat dengan ancaman keselamatan negara dan majoritinya tahanan ada aktivis parti pembangkang,” katanya.
Beliau memberi contoh pada April 2001, Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Norian Mai memberi kenyataan bertulis enam aktivis pembangkang yang ditahan mengancam keselamatan negara.
“Apabila kita bantah dan mencabar kes ini di mahkamah, beliau gagal menunjukan sebarang bukti atas dakwaannya itu dan ini bukan kali pertama berlaku tetapi kerap menjadi skrip Umno BN bersama institusi kerajaan yang dikawalnya demi menghadkan pergerakan parti pembangkang,” tegasnya.
Sementara itu, Aziz bari berkata, Perkara 149 adalah undang-undang yang pelik kerana ia membelakangkan semangat perlembagaan yang menjamin hak asasi manusia.
“Pelik, sebab ia bertentangan dengan (semangat) perlembagaan persekutuan dan turut dikecam pakar undang-undang kebanyakan negara di dunia,” katanya.
Aziz Bari turut sependapat dengan Sivarasa yang menekankan pemansuhan ISA menimbulkan banyak persoalan.
“Sehari selepas Najib umum ISA dimansuh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Polis Negara, menyatakan pemansuhan ISA berkuatkuasa tahun depan tetapi kenyataan Najib (pada 16 September lalu) ‘IsA dimansuh terus’.
“Manakala Timbalan Najib iaitu Muhyiddin Yassin hanya memberi kenyataan pemansuhan ISA dua hari kemudian selain NGO pro Umno, Perkasa mahu ISA dikekalkan, bukankah ini pelik,” soalnya.
Seterusnya >>>

Peguam : Anwar Terpaksa Jawab Soalan Rekaan Gani


Peguam Sivarasa Rasiah menyifatkan soalan yang diajukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipanggil memberi keterangan dirangka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ini berikutan katanya, corak soalan yang dikemukakan meragukan selain mendapati ianya tidak relevan dengan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Gaya soalan yang ditujukan jelas ada campur tangan politik. Ini bukan polis yang buat tapi Gani Patail yang arahkan buat. Jadi macam-macam soalan ditanya dan ada yang tidak relevan dengan siasatan kes," kata beliau.

Beliau yang hadir bersama Anwar memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berkata, polis seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada laporan jenayah yang dibuat Ketua Pembangkang itu bulan lalu selepas trio 'Datuk T' menayangkan rakaman video seks.

Dalam kenyataannya kepada media, Sivarasa turut menegaskan kepada polis berhubung tindakan yang belum diambil terhadap kumpulan Datuk T itu yang secara jelas melakukan intimidasi jenayah dan penyebaran bahan lucah.

"Kenapa sampai sekarang selepas mereka mengakui membuat (jenayah), tiada apa-apa tindakan. Jadi itu yang kita beritahu mereka," ujarnya lagi.

Sivarasa turut memperlihatkan dokumen yang diserahkan oleh 'Datuk T' kepada Anwar sebagai bukti nyata perlakuan ugutan mendesak Ketua Umum dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya meletakkan jawatan.

Polis memanggil Anwar untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 3 petang tadi berkaitan laporan penayangan rakaman video seks oleh Datuk T kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Anwar kemudian menafikan beliau adalah individu yang didakwa terlibat melakukan perbuatan seks dengan seorang wanita berbangsa Cina di salah sebuah hotel di ibu negara.

Tan Sri Rahim Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Shuib Lazim mengaku menjadi dalang video fitnah berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Eskay pada sidang media di Hotel Impiana petang tadi bersumpah bahawa pelaku video seks terbabit adalah Anwar.

Beliau kemudian mencabar Ketua Umum itu untuk melakukan sumpah 'laknat' bagi membuktikan tuduhan beliau tidak benar.
Seterusnya >>>

Video fitnah tak layak dibawa ke Suruhanjaya Diraja – Sivarasa


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu video fitnah yang tidak ada kepentingan nasional , sebenarnya memperkecil aspek perundangan.
“Penubuhan RCI bukan untuk menyiasat kes melibatkan soal peribadi atau politik tetapi penubuhannya adalah untuk siasatan berhubung kes yang lebih besar.
“Isu video fitnah tidak setaraf dengan kes contohnya klip video Lingam yang lebih besar kerana melibatkan rasuah dan nama baik badan kehakiman negara,” kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa kepada KeadilanDaily, hari ini.
Beliau mengulas demikian mengenai desakan penubuhan RCI terhadap video fitnah yang didakwa ditayangkan trio Datuk T di Hotel Carcosa Seri Negara minggu lalu.
Mereka sehingga kini tidak ditahan kerana dlindungi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak bertujuan menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sivarasa turut mempersoal tujuan penubuhan RCI itu memandangkan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KEADILAN, sudah mengesahkan lelaki dalam rakaman itu bukan suaminya.
“Untuk apa tubuh RCI, Wan Azizah sudah keluarkan kenyataan dengan jelas menafikan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar.
“Kita sudah ada bukti yang jelas daripada keluarga beliau. Jika mahu dengar daripada Datuk T sahaja, itu tak boleh dijadikan bukti. Rahim Tamby Chik bukannya berkredibiliti kerana pernah terbabit dalam dakwaan kes rogol remaja bawah umur,” katanya.
Seterusnya >>>

Eskay wajar henti buat kenyataan ‘bodoh, macam budak’


KUALA LUMPUR, 30 Mac – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Dua “Datuk T” ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
R. Sivarasa berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.
“Begitu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinasihatkan supaya tidak respons kepada kebodohan Eskay,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
“Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan (harus) menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya,” kata beliau lagi.
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata Shazryl Eskay nampaknya menikmati manfaat daripada imuniti disediakan Barisan Nasional (BN) daripada dakwaan jenayah meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum.
“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata beliau lagi.
Blog Kickdefella memetik Shazryl Eskay berkata beliau mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar, Ketua Umum PKR sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay dipetik blog tersebut.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.
Seterusnya >>>

MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak



SHAH ALAM 12 MAC : Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.
Beliau yang ketika dihubungi TV Selangor pada waktu itu sedang diiring oleh pegawai khas kembali ke pesawat untuk di hantar kembali ke Kuala Lumpur.
Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen itu daripada memasuki negeri Sarawak.
"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang di eskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.
Menurut beliau lagi, tiada alasan kukuh yang diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak.  
"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari memasuki," katanya.
Sivarasa turut tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional khuatir dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan kerajaan Sarawak sebagai satu yang tidak wajar dan telah melanggar hak asasi.
"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.
Sivarasa memberitahu, beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.
Seterusnya >>>

Surat Apco Gagal Yakinkan Rakyat





Pendedahan dua pucuk surat Apco oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam tidak dapat menyakinkan masyarakat.

Malahan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk menutup mulutnya daripada membuat pendedahan hubungan rapat syarikat perundingan dengan agensi perisikan dan keselamatan Israel.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang turut digantung berhubung dakwaan mendedahkan isi kandungan surat Apco berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil risiko dengan mengkompromikan keselamatan negara.

"Surat akuan ini konon dibuat oleh seseorang yang kita tidak tahu latarbelakangnya tapi ada beberapa kenyataan yang dibuat tetapi tidak kemukakan lebih awal.

"Apa yang lebih penting, kenapa mereka ini tidak dikemukakan sebagai saksi dan itu saya persoalkan dalam prosiding jawatankuasa apabila kami ditunjukkan surat bertarikh 19 Ogos daripada Apco.

"Saya kata ini surat, apa-apa pun boleh ditulis dan isu sama ia benar dan dipercayai atau tidak? ia merupakan isu lain dan keputusan itu boleh dibuat hanya selepas mendengar terus kenyataan daripada saksi itu," katanya.

Ujarnya, Umno-Barisan Nasional takut pendedahan yang akan dibuat oleh Anwar lalu  mereka mahu memilih untuk menutup pendengaran tanpa mendengar saksi atau pun Ketua Pembangkang membela diri dan sekarang cuba keluarkan surat kononnya ia merupakan bukti.

"Pada saya ianya tidak menyakinkan sebab mana-mana pihak boleh tulis mana-mana surat dan ianya bukan susah.

"Ini kenyataan orang yang mempunyai kepentingan dan terlibat dengan Apco. Sebab itu, saya lihat apa yang Nazri ini seolah-olah Umno-BN dalam keadaan yang cukup terdesak selepas penggantungan Anwar dan kita semua untuk mempertahankan pendirian mereka," jelasnya.

Sivarasa berkata isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai asas dengan merujuk kepada rencana yang bertarikh 8 Julai 2009 oleh portal berita themalaysianinsider di mana mereka menulis bahawa staf Apco diletakkan di dalam pejabat Najib dari awal pentadbirannya bermula 3 April 2009.

"Mereka sebut, Apco terlibat dalam pembuatan program 100 hari yang pertama termasuk mesej 1Malaysia. Lepas itu dia sebut juga, Apco akan dihadiahkan dengan kontrak lumayan yang akan diberikan tidak lama lagi. Kebetulan pada bulan Ogos, mereka diberikan kontrak besar iaitu sebanyak RM76 juta.

"Bila rencana ini dibuat pada 28 Julai 2009 yang mengkaitkan Apco-1Malaysia dan Najib pada awal dia jadi Perdana Menteri, tidak ada penafian langsung.

"Tidak ada juga penafian langsung dari Apco, bermaksud bagi saya ini benar tapi lepas Anwar bangkitkan perkara ini dalam Parlimen, Mac lalu dan mengaitkan perkara tersebut.

"Isu yang mereka takut sentuh hubungan rapat Apco dengan Israel berhubung isu risikan dan keselamatan Israel...itu yang dibangkitkan oleh Anwar," tegas Sivarasa yang turut digantung selepas dinafikan membela diri dalam sidang Parlimen, minggu lalu.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan Umno-BN  melantik syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi perisikan dan keselamatan Israel dalam pentadbirannya dalam kerja 'public relation' di Malaysia yang mana ujarnya Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara rejim zionis itu.
Seterusnya >>>

Nazri Dibidas Perkecil Resolusi IPU


SHAH ALAM, 22 OKT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz tidak seharusnya memperkecilkan pandangan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes konspirasi kedua Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, daripada memperkecilkan atau mempertikaikan resolusi yang diambil oleh IPU, Nazri sepatutnya meneliti laporan tersebut untuk rujukan.
Menurutnya lagi,  selain imej negara yang telah tercemar di persada antarabangsa dengan prosiding yang meragukan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut bersikap angkuh terhadap pandangan pertubuhan itu.
Sivarasa menambah, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Nazri seharusnya mengambilkira pandangan masyarakat luar sebelum mengeluarkan kenyataan sombong membidas laporan yang dikeluarkan IPU.
"Nazri perlu tidak memandang ringan dasar ini dan menganggap IPU badan yang tidak dipeduli dengan serius dan bagi saya Nazri akan lebih bertanggunjawab jika beliau menerima pandangan ini selain memberi nasihat kepada pemerintah Malaysia," ujar beliau kepada TV Selangor petang tadi.
Perbicaraan konspirasi kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh IPU dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktober lalu.
IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu.
Sivarasa yang juga peguam Datuk Seri Anwar berkata, pandangan yang diberi oleh pertubuhan luar negara tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan imej institusi pemerintahan yang memperlihatkan ketidakadilan dalam mengedali kes berprofil tinggi.
Beliau menambah, alasan yang diberikan Nazri agar IPU tidak campur tangan sudah tidak boleh diterima kini.
Beliau turut mengambil pendekatan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia yang konsisten mengecam kekejaman regim Zionis terhadap Palestine.
"Komen yang diberi bahawa IPU tidak boleh campur dalam hal Malaysia adalah satu pandangan yang tidak boleh diterima di era moden kerana sudah jadi amalan biasa badan antarabangsa memberi komen atas apa yang berlaku di negara-negara lain," jelas beliau.
Antara yang terkandung dalam resolusi yang dibuat oleh IPU menyebut Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, telah menolak permohonan pasukan peguambela untuk membatalkan pendakwaan terhadap tertuduh berikutan dakwaan perhubungan sulit antara Farah dan Saiful.
IPU juga menggesa supaya pasukan peguambela diberikan layanan yang sama seperti pasukan pendakwa yang merupakan elemen penting keadilan sesuatu perbicaraan yang sedang dijalankan.
Menurut resolusi itu, ia akan memberikan impak yang tidak sihat dan akan menyebabkan penghakiman yang dibuat gagal menepati ciri keadilan sejagat.
IPU juga menggesa Malaysia menghormati Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNHCR yang dianggotai oleh negara ini dan menegakkan usaha melindungi hak asasi manusia.
Seterusnya >>>

Sivarasa balas kenyataan Zaid berkenaan PKR dan perbicaraan DSAI

Saya merasa tidak percaya atas serangan terkini Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).  Kadang-kalanya saya terfikir apakah beliau terlupa yang beliau merupakan anggota Keadilan dan beliau sedang bertanding jawatan Timbalan Presiden.  Adalah menjadi sangat tidak bertanggungjawab, malahan berniat jahat untuk beliau menggambarkan Keadilan sebagai parti dengan satu isu - yang hanya berminat untuk menjuarai Anwar Ibrahim (DSAI) dan perbicaraan beliau yang sedang berlangsung sekarang.
Zaid sendiri tahu mitos ini tidak benar dan ianya sesuatu yang hanya biasa dapat kita dengar dari ahli politik UMNO-BN.  Sejak lebih sedekad yang lalu, Keadilan berkembang pesat dan telah memainkan peranan besar dalam membina perikatan Pakatan Rakyat.  Dalam masa yang sama juga Keadilan mengangkat prinsip politik progresif tulen berbilang kaum.  Hal ini telah membawa kepada pembentukan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang kami percaya bakal menimbulkan cabaran kuat terhadap BN pada pilihanraya umum akan datang.
Lagi mengejutkan ialah apabila Zaid menyatakan parti ini tidak mampu membela rakyat hanya kerana Keadilan mempertahankan DSAI.  Sekali lagi, kenyataan Zaid ini merupakan teguran ala UMNO-BN.  Zaid sendiri sebenarnya sudah tahu bahawa parti ini memiliki rekod baik membela rakyat dalam berbagai isu-isu yang melibatkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Saya (Sivarasa, gambar kanan) amat yakin Zaid pasti sedar bahawa menjamin keadilan untuk DSAI tidak semestinya hanya bermaksud menyediakan pasukan peguambela terbaik.  Tetapi ianya turut melibatkan kempen di luar mahkamah untuk mendedahkan kelicikan Kerajaan yang menggunakan institusi-institusi awam penting untuk menganiaya lawan politik.
Sekali lagi, kenyataan bahawa DSAI telah memiliki barisan peguambela terbaik lantas tidak ada apa lagi yang perlu dibuat - pasti jelas sangat mirip seperti pandangan UMNO-BN, dan sudah tentu teruk apabila ia datang dari mulut seorang pemimpin Keadilan.
Jika beliau tidak tahu, implikasi perbicaraan DSAI sekarang dan dahulu memperlihatkan kepada kita tentang kesemua hal yang salah dengan wajah demokrasi pura-pura UMNO-BN - suatu demokrasi yang membolehkan kerajaan hari ini menggunakan kesemua jentera negara termasuklah kehakiman, polis, pejabat Peguam Negara serta bahkan hospital untuk mereka-reka bukti palsu dan menganiaya lawan-lawan politik UMNO-BN.
Apakah Zaid sudah terlupa, DSAI telah dipenjara selama enam tahun atas tuduhan palsu dan sekarang sekali lagi beliau berdepan dengan nasib yang sama.  Pastilah sangat kejam dan amat tidak mengenang budi untuk Keadilan secara tiba-tiba menggugurkan DSAI di saat parti ini menjadi kekuatan politik negara.
Saya cukup bingung hendak memahami strategi kempen Zaid yang cenderung menegur parti dan kepimpinannya kepada umum secara berterusan - memandangkan Zaid adalah sebahagian daripada kepimpinan Keadilan.  Adalah lebih memanfaatkan sekiranya Zaid memperkuat dan memperjuangkan dasar, proses dan isu-isu Keadilan termasuklah penganiayaan UMNO-BN terhadap DSAI.

*Kenyataan media Sivarasa Rasiah selaku Naib Presiden Keadilan, juga ahli parlimen Subang.
Seterusnya >>>

Keterangan Rahimi Kepada Polis Babitkan Najib, Rosmah dalam Konspirasi Fitnah II

PCLat07102010PETALING JAYA 7 Okt - Bekas pembantu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Rahimi Osman secara sukarela memberi keterangan kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bahawa beliau telah di bawa oleh rakan karib isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar bertemu Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman mereka.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata berasaskan fakta ini laporan polis Rahimi semalam yang mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 adalah tuduhan liar, tidak berasas dan karut.

"Walaupun Latheefa Koya dan Saiful Izham (Ramli) dinamakan sebagai dua peguam yang dikatakan memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah saya juga terlibat dalam penyediaan dokumen tersebut.

"Rahimi datang ke hotel tersebut atas kerelaannya dan tidak ada unsur paksaan langsung kerana peguam, Stanley Sinnapan juga berada di sebelah beliau sepanjang masa," jelas Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana bersama Latheefa Koya, Saiful Izham Ramli serta peguam N Surendran.

Sivarasa juga memberi amaran kepada Rahimi beliau bahawa berhadapan dengan kesalahan memalsukan fakta dan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.

"Saya mendapat tahu Rahimi sudah menyediakan akuan bersumpah terbaru untuk menidakkan akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008.

"Apa yang diberitahu kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah serupa dengan apa yang di dalam akuan bersumpah beliau malah mengandungi lebih banyak maklumat.

"Jika sekarang Rahimi menafi dan bercanggah dengan keterangannya kepada pihak polis maka beliau telah melakukan kes nyata berkaitan 'perjury' dan boleh dipenjara selama tujuh tahun," tegas beliau.

Menceritakan rentetan peristiwa di hotel tersebut, Latheefa berkata pada hari seorang lagi bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap majikannya, KEADILAN  mengadakan kursus kepimpinan di mana rahimi juga turut hadir.

"Memanglah ramai ahli di hotel tersebut dan juga Rahimi ada bersama ketika itu. Dia datang kepada kami dan memberikan keterangan dengan rela berhubung dakwaan yang dibuat oleh kawan karibnya, Saiful," terang Latheefa.

Beliau menjelaskan Rahimi dipanggil sebanyak dua kali oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

Kali kedia adalah pada 23 Julai 2008 di mana Rahimi telah menceritakan bagaimana beliau telah di bawa oleh Mumtaz bertemu Rosmah dan Najib d kediaman mereka.

"Selepas memberi keterangan kepada polis, rahimi menalifon kami dan memaklumkan bahawa beliau telah memberitahu polis segalanya," kata Latheefa.

Saiful Izham pula berkata laporan polis Rahimi adalah satu bentuk manipulasi fakta yang tidak benar dengan tujuan memberi kesan negatif kepada prosiding perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar kini.

"Tuduhan beoiau adalah bersifat jenayah fitnah dan kita akan teliti untuk mengambil tindakan undang-undang dan juga terhadap media yang memutar belitkan fakta dan berita.

"Kami hairan bagaimana Rahimi boleh dakwa beliau di tahan kerana beliau aktif membantu parti dalam siri beberapa pilihan raya kecil terutamanya di Permatang Pauh.

"Kami menganggap ini satu usaha untuk memulakan fitnah pusingan ketiga terhadap Anwar.

Ditanya samada dua akuan bersumpah itu akan digunakan dalam perbicaraan Fitnah II, Sivarasa berkata ia tidak lagi perlu kerana semua maklumat yang terkandung dalamnya sudah pun disahkan oleh Saiful di dalam mahkamah termasuk Perdana Menteri sendiri yang mengakui bertemu Saiful di rumah beliau.

Surendran pula berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada Rahimi untuk menarik balik tuduhannya serta memohon maaf.

"Beliau hanya perlu 24 jam untuk sedar bahawa apa yang dikatakannya adalah fitnah dan tidak benar langsung. Kalau dia tidak tarik balik tuduhan dan mohon maaf kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang," kata Surendran.
Seterusnya >>>

Hubungan Romantik, Siasatan Perlu Bagi Elak Perbicaraan Cacat

Pengesahan hubungan romantik antara Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Latif dengan Saiful Bukhari Azlan, kedua-duanya terlibat dalam perbicaraan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu disiasat kerana ia memberi implikasi terhadap kes berkenaan.

Peguam, R Sivarasa berkata kegagalan Pejabat Peguam Negara berbuat demikian hanya akan menjadikan perbicaraan kes yang sedia kala dipandang ramai sebagai konspirasi politik, menjadi sebuah perbicaraan yang cacat.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, kecacatan perjalanan perbicaraan kes mudah berlaku dan memberi kelebihan kepada Saiful yang dijangka mudah memanipulasi maklumat yang dimiliki pasukan pendakwa raya.

Hubungan Farah Azlina dengan Saiful Bukhari yang juga saksi utama kes berkenaan didedah sebuah portal berita, sebelum disahkan sendiri Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail tidak lama kemudian.

Sebelum membuat pengesahan kepada media, Gani dilihat terlebih dulu menyediakan alasan bagi mengelak proses pendakwaan terjejas dengan menggugurkan Farah Azlina.

“Implikasinya adalah setakat mana hubungan ini telah membenarkan saksi ini yang juga pengadu memiliki akses kepada maklumat sulit daripada saksi lain, maklumat dalam kertas siasatan.

"Itu menjadi persoalan dan memberi implikasi serius. Ia mungkin mempengaruhi keterangan saksi dalam kes ini. Kalau benar, ini adalah perbicaraan yang cacat dan harus dibatal.

“Gani Patail sendiri mengesahkan Farah Azlina ada hubungan romantik dengan Saiful. Ada dakwaan mengatakan dia memutuskan pertunangannya. Ini  menunjukkan hubungan dengan Saiful adalah serius,” katanya.

Sivarasa juga berpendapat alasan kononnya Farah Azlina cuma berperanan sebagai pencatat nota perbicaraan, adalah dangkal kerana sebagai sebuah pasukan, mereka tentunya berkongsi pelbagai maklumat.

“Itu tidak boleh diterima sebab adalah luar biasa mereka yang bekerja sebagai satu pasukan dan kita mudah mengatakan bahawa Farah Azlina tidak ada akses kepada dokumen sekali gus perbicaraan tidak terjejas,” katanya.

Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pengguguran Farah Azlina, tidak mencukupi kerana proses perbicaraan kes berkenaan, sudahpun bermula.

Beliau menegaskan, siasatan menyeluruh mengenai sejauh mana urusan peribadi itu mempengaruhi dan memberi kelebihan kepada Saiful Bukhari, perlu dibuat.

“Apa yang penting sekarang adalah siasatan tapi saya nampak sekarang dalam kenyataan Gani Patail tiada tanda wujud siasatan ini. Nampaknya, pihak pembelaan kena bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.
Seterusnya >>>

Hishammuddin Perlu Jawab Bagaimana Rekod Imigresen Altantuya Hilang Baru Baiki Perkhidmatan KDN

KUALA LUMPUR 14 Julai - Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawab terlebih dahulu persoalan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam daripada rekod Jabatan Imigresen sebelum mempromosi sebarang produk baru kementerian beliau.
Sivarasa berkata Hishammuddin perlu menjawab kepada rakyat Malaysia samada rekod perjalanan Altantuya terpadam daripada rekod Jabatan Imigresen secara tidak sengaja ataupun disengajakan serta siapa yang memberi arahan tersebut sekiranya dipadam.
"Tidak perlu memperbaharui perkhidmatan ataupun sistem kalau kes yang sebegini pun tidak dapat dijawab, berikan jawapan yang tepat jangan berdalih dan cara ini sahajalah yang dapat memperbaiki kesemua sistem sekalipun perkhidmatan dalam Jabatan Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri.
"Kes rekod yang dipadam ini telah di bawa ke mahkamah dan ia tidak pernah dinafikan samada di luar atau dalam mahkamah. Jelas sistem KDN mempunyai unsur penyelewengan, ada arahan daripada pihak atasan agar rekod Altantuya di hapuskan," tegas Sivarasa kepada Suara Keadilan.
Tambah beliau, pembetulan bukan dilakukan kepada sistem tetapi kepada pihak pentadbiran atasan yang terlalu mengikut telunjuk pihak tertentu.
Katanya lagi, walau secanggih mana sistem atau perkhidmatan sekalipun jika wujud unsur penyelewengan maka imej KDN akan terus tercemar.
"Persoalan yang paling jelas kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak tampil untuk menafi atau membersih imej mereka terhadap isu pembabitan pembunuhan Altantuya. Inilah persoalan yang paling besar, Menteri perlu jawap persoalan tersebut dan jangan cuba melindungi sesuatu yang salah," desak Sivarasa.
Sebelum ini KDN berhasrat untuk terus menambah nilai produk 1Malaysia yang ditawarkannya seperti satu hari satu pengeluaran gantian MyKad di JPN Putrajaya, dan satu minit pemeriksaan daftar masuk dan keluar satu penumpang untuk kawalan keluar masuk di pintu-pintu masuk Imigresen.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ketika kejadian rekod perjalanan keluar masuk Altantuya ke Malaysia adalah Datuk Seri Mahmood Adam yang kini memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

- Suara Keadilan
Seterusnya >>>