Showing posts with label Rais Yatim. Show all posts

Rais Yatim salahkan Najib

 
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri SEmentara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Rais, yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka,” kata Rais.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.

Katanya, yang ada hanya calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.

Rais turut berkata calon mesti ditentukan dengan lebih awal untuk  mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir, seperti yang berlaku sekarang.

Semalam, seramai 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas.
Seterusnya >>>

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

rais yatim pc 020709 01Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.
Seterusnya >>>