Showing posts with label Menara Warisan. Show all posts

Facebook Anti Menara Warisan 100 Tingkat Lepasi 200,000 orang



KUALA LUMPUR 30 OKT : Laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat kini sudah melebihi 200,000 orang.
Setakat jam 10.25 pagi tadi jumlahnya berada pada 203,321 orang yang menentang pembinaan ini sejak laman sosial facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' dilancarkan sejak 2 minggu lepas.
Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sebelum ini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak berkenaan kosnya yang tinggi serta pembinaannya bakal mengundang implikasi buruk kepada tahap kesesakan jalanraya di sekitar kawasan tersebut.
Pembinaan Menara Warisan yang dimasukkan dalam Bajet 2011 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan kos RM5 Billion dikatakan menggunakan dana daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bakal siap menjelang tahun 2020.
Seterusnya >>>

Menara Warisan di Kampung Baru kusutkan keadaan

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Cadangan pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa supaya Menara Warisan 100 tingkat dibina di Kampung Baru bakal mengusutkan lagi keadaan yang sudah sedia mengelirukan penduduk.
Apatah lagi pmbinaan Menara Warisan tersebut ditolak oleh rakyat umumnya, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kepada Harakahdaily.
Ini dibuktikan dengan sokongan 100,000 orang terhadap 'fanpage' bantah Menara Warisan dalam masa 6 hari sahaja berbanding dengan yang menyokong tidak sampai 400 orang.
"Apatah lagi isu Kampung Baru yang menjadi kebimbangan penduduk adalah berkenaan Draf Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sehingga kini belum lagi dikemukakan kepada pemilik hartanah Kampung Baru sebagaimana yang dijanjikan," katanya.
Menurut beliau, rang undang-undang tersebut dikatakan akan dikemukakan di parlimen sesi ini tetapi para pemilik hartanah  Kampung Baru langsung tidak diberi peluang mendengar atau melihat dan mengemukakan pandangan mengenainya.
"Tiba-tiba pemangku Ketua Umno Titiwangsa menyebut tentang cadangan nak bina Menara Warisan di Kampung Baru. Di manakah keutamaan beliau?" soalnya.
Lo' Lo' juga mempersoalkan, adakah pemimpin Umno itu hanya melihat lubuk emas RM5 bilion projek tersebut sehingga lupa tentang pembelaan hak-hak penduduk Kampung Baru dan memastikan mereka tidak dipinggirkan dari proses membuat keputusan dalam isu hartanah warisan Melayu ini.
Bagi beliau, daripada mencadangkan membina Menara Warisan berharga RM5bilion itu, lebih baik PNB menggunakan dana tersebut untuk membina keseluruhan Kampung Baru.
"Ini masalah yang terbentang depan mata yang belum diselesaikan," katanya.
Pembangunan Kampung Baru juga akan menjana ekonomi, menaikkan nilai hartanah Kampung Baru dan memacu penglibtan Melayu dalam kerancakan pembangunan Kuala Lumpur, katanya.
Kerajaan, katanya, mesti meletakkan keutamaan di tempat yang betul.
Seterusnya >>>

Menara Warisan : Najib Mewarisi Kekejaman Terhadap Rakyat Dan Mahasiswa

Perdana menteri, Najib Razak sememang seorang Perdana menteri yang prihatin. Prihatin dengan peninggalan dahulu. Terlalu sangat prihatin. Perdana menteri mencadangkan pembinaan menara warisan 100 tingkat.

Amat menarik. Menara warisan sebagai lambang negara maju. Apa kaitanya negara maju dengan menara warisan?

Keadaan kini menampakkan pembaziran kerajaan kepada perkara yang sia- sia. Jika projek sebegini diluluskan, maka akan banyak duit rakyat akan di perah. Semakin kembung pula poket orang- orang mereka.

Kerajaan pusat bukan lah kerajaan yang membela rakyat. Kita terfikir, kenapa Najib beriya mahu membina menara warisan sedangkan banyak perkara yang di perlukan kepada perkara lain.

Mahasiswa dan para pelajar merupakan pemimpin masa depan negara. Golongan sebegini sebenarnya waris negara. Membina waris negara. Bukan membina menara warisan. Sepatutnya peruntukan untuk membina menara tersebut di salurkan kepada kalangan mahasiswa.

Diberi biasiswa kepada mahasiswa atau golongan yang kurang kemampuan. Mengurangkan yuran pembelanjaan mahasiswa di kampus- kampus. Membina penempatan yang secukupnya kepada mahasiswa. Membina infrastuktur di universiti supaya pembelajaran menjadi lebih lancar.

Rakyat ternyata susah dengan pembinaan menara warisan yang belum pasti lagi fungsinya. Projek ini hanyalah alasan untuk meluluskan proses mengeluarkan duit negara kemudian di masukkan ke poket masing- masing.

Jika kerajaan prihatin, hapuskan segala bayaran di sekolah- sekolah. Beri bantuan kepada semua sekolah sama ada sekolah kerajaan atau sekolah agama rakyat(SAR). Menara warisan ini hanya sebagai lambang Najib mewarisi kekejaman kerajaan ke atas rakyat. Sama- sama kita gerakkan rakyat.

Kita ubah kerajaan. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang
 
Seterusnya >>>

Penyokong Facebook anti-menara hampiri 100,000


Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan hampir 100,000 peminat dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 95,165 penyokong sehingga jam 7 malam ini.

Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.

Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk peningkatan kritikan rakyat Malaysia yang mahu wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan lain.

Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia.

Dua hari lalu, pencipta laman tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menuduh Facebook menyekat akses ke laman tersebut.

Mereka mengatakan disekat daripada meletakkan sebarang mesej.

Bagaimanapun, akses mereka dipulihkan setelah laman itu dikategorikan semula oleh Facebook sebagai laman komuniti dan bukannya laman peminat.

Menurut Facebook, laman peminat hanya boleh mewakili individu, jenama atau organisasi tertentu.

Tetapi pemilik laman anti-menara itu bertegas bahawa mereka memang dari mula lagi, telah mendaftarkannya sebagai laman komuniti.

Dua laman Facebook pro-menara

Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong.

Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020.
Seterusnya >>>