Showing posts with label Dr. Dzulkefly Ahmad. Show all posts

Najib dinasihat henti cakap soal Negara Berkebajikan

Najib dinasihat henti cakap soal Negara Berkebajikan

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti dari bercakap soal agenda Negara Berkebajikan PAS kerana beliau jelas tidak faham apa yang dimaksudkan PAS.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nampak jelas sangat Najib tidak faham "samada tak membaca atau tidak diberikan maklumat yang betul tentang hal tersebut."
Bagi beliau, tindakan Najib yang mengulangi lagi bahawa negara berkebajikan PAS itu sama dengan Welfare State di negara Barat atau Scandinavian kerana beliau mengulangi lagi bahawa negara akan mengalami masalah kewangan dan kegawatan ekonomi kalau dilaksanakan bahkan boleh bankrap.
"Najib wajar diperingatkan bahawa Negara Berkebajikan PAS mempunyai falsafah, prinsip, program dan cara perlaksanaan yang jauh berbeza dengan Welfare State di Barat yang seluruhnya berteraskan sistem pencukaian pendapatan yang tinggi.
"Meskipun di sudut-sudut kebajikannya ada persamaan namun ia tidak serupa - sama tapi tak serupa!" tegas Dr Dzulkefly yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Bagi beliau, Najib sewajar memberi perhatian terhadap laporan terkini ekonomi dan kewangan negara seperti yang disiarkan dalam The Edge Financial Daily semalam.
"Para penganalisa cemas dengan persoalan hutang awam dan juga hutang swasta di negara kita. Ya , kita mungkin sahaja boleh bankrap dengan beban hutang ini, dan bukan kerana perlaksanaan Negara Berkebajikan PAS atau Pakatan Rakyat!" tegas beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.
Bagi beliau, kemungkinan bankrap itu ditambah dengan urus-tadbir yang tempang, tiris dan bocor sarat dengan rasuah dan amalan kronisme, monopoli yang kesemuanya menjadikan pasaran atau 'market'' tidak efisien bahkan dihalang dari berperanan dengan berkesan.
Ia ditambah lagi dengan campurtangan atau intervensi kerajaan dalam bentuk penglibatan kepentingan kerajaan melalaui GLCs yang mengherotkan lagi pasaran dan persaingan, katanya.
"Najib wajar diperingatkan bahawa setelah banyak yang dislogankan dengan GTP, ETP dan MEB sebagainya, ekonommi negara masih di ambang ancaman besar kerana urus-tadbir tempang dan ketidaktentuan ekonomi global," katanya berhujjah dengan tuduhan Najib kepada dasar PAS itu.
Fakta Hutang Negara
Mengikut Laporan IMF (International Monetary Fund - "Ëconomic Outlook) bulan September 2011, kedudukan hutang negara sangat membimbangkan.
1. Hutang awam kerajaan Malaysia (gross) adalah 56 % dari KNDK adalah tertinggi berbanding dengan negara ASean-5 iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia, yang purata adalah 30 % dari KDNK.
2. Hutang isi-rumah Malaysia telah melonjak dari 69 % KDNK dalam tahun 2006 ke paras 76 % dalam tahun 2010 dan kini melonjak terus keparas 78 % KDNK.
Dalam jumlah absolutenya, hutang isi-rumah adalah 47 % atau RM583.3 bilion dalam tahun 2010 berbanding RM395.5 bilion pada 2006.
Namun yang melegakan sedikit adalah kerana hutang tak berbayar masih pada paras rendah iaitu 2.3 % dalam tahun 2010 berbanding 7.1 % pada tahun 2006.
3. Pinjaman Kerajaan Pusat dalam tahun 2010 adalah 53.2 % KDNK dan terus meningkat ke paras 55 % dengan defisit fiskal dalam lingkungan 4-5 % setiap tahun.
Dalam laporan yang sama Defisit Fiskal Asean-5 adalah pada paras 2.4 % KDNK.
Sekali lagi Malaysia adalah tertinggi dari segi Fiskal Defisitnya berbanding ASEAN-5! Sementara negara Asean yang membangun yang lain juga adalah pada paras 2 % KDNK!
Seterusnya >>>

Najib akui demokrasi negara pincang

Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.
"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Jangan terlalu selesa
Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.
Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.
Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".
"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.
"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.
"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.
Seterusnya >>>

"Flip-flop" Najib Cetuskan Desakan 1 Melayu 1 Bumi Lahir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas desakan pihak tertentu yang mahu  gelombang 1Melayu 1Bumi diwujudkan bagi menyatupadukan masyarakat Melayu.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sikap tidak tegas pimpinan negara dalam menentukan hala tuju pentadbirannya sendiri, akhirnya membuka ruang kepada campur tangan "orang bawahannya" sendiri sehingga menimbulkan keadaaan kacau-bilau.
“ Syor-syor ini yang datangnya dari PERKASA atau Utusan, pada saya adalah akibat langsung daripada cetusan pemikiran Perdana Menteri dan beliau harus bertanggungjawab bahawa 1Malaysia itu meninggalkan pelbagai keserabutan sehinggakan sesiapa pun boleh mengesyorkan apa-apa.


“Inilah akibatnya kalau pimpinan negara tidak mahu bertegas," katanya kepada Tv Selangor.


Setelah diasak pelbagai pihak, Najib hari ini tampil atas kapasiti sebagai Perdana Menteri menjelaskan bahawa gerakan 1Melayu 1 Bumi adalah pendapat peribadi penulis.


Namun pimpinan Pakatan Rakyat beranggapan terbitnya rencana sedemikian rupa dipengaruhi oleh beberapa faktor.


Pertamanya, kerana gagal menerima hakikat pencapaian memberangsangkan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri lalu, justeru pendekatan perkauman digunakan bagi tujuan mengaburi mata rakyat.
Tidak kurang juga yang menyifatkan ia berpunca daripada kegagalan Najib menyatukan masyarakat di negara ini ekoran kekerapan kerajaan menggunakan elemen perkauman demi kelangsungan politik masing-masing. 


Namun tambah Dr Dzul, ia juga hakikatnya menjurus kepada hala tuju kepimpinan negara yang tidak jelas sehingga rakyat memberontak dengan cara yang lebih terbuka.


“Kesemua ini menunjukkan hala tuju negara ini kabur dan sama sekali tidak jelas bagi rakyat. Dimana akhirnya rakyat bersimpang siur kerana isyarat dari pimpinan tertinggi itu cukup serabut, keliru dan mengelirukan,” katanya.


“Inilah akibatnya apabila pimpinan tidak jelas kemana mahu di tuju,maka kalau di pangkal sudah tidak jelas, di muara sungai berserabutlah,” ujar beliau.


Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit dua hari lepas, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.


Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".


Ia kemudiannya disusuli kenyataan Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang menatakan persetujuan NGO proksi Umno itu untuk mengepalai gerakan 1 Melayu 1 Bumi.  


“Saya melahirkan kekecewaan dengan slogan retorik. Kalau dulu Islam Hadhari itu dikemukakan oleh Pak Lah itu jelas apa yang ingin dibuat. Tapi saya nampak 1
Malaysia ini, ‘1Malaysia Boleh Belaka’. Apa pun boleh dimasukkan dalam tong itu,” ujar beliau lagi.
Seterusnya >>>

Projek Mega BN - Wang Rakyat Digunakan Jika GLC Gagal

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Pendekatan 'off balance sheet budgeting' yang dilaksanakan Perdana Menteri Najib Razak dalam matlamat mengurangkan defisit adalah satu cara pengkhianatan dalam konteks pengurusan kewangan negara.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata dalam Belanjawan 2011, Najib  kononnya membayangkan bahawa projek-projek mega kerajaan akan dipacu syarikat GLC.
Namun jelasnya, hakikatnya jika tidak  diselaraskan dengan betul maka akhirnya kerajaan akan mengalas tanggungjawab menjamin keluar projek-projek berkenaan.
Keadaan itu nanti katanya, sekaligus menambah jumlah bon yang masih belum terlunas berjumlah RM101.65 billion terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dr. Dzul menambah, matlamat kerajaan mengurangkan defisit daripada 5.6 kepada 5.4 akan terkubur sekiranya tiada disiplin kukuh pentadbiran kewangan negara.
"Bukan hanya bayaran bon ini sahaja yang telah tertanggung RM101 billion tapi cara dia merangka penggunaan dana yang kononnya swasta tetapi akhirnya akan kembali kepada kerajaan. Contohnya PKFZ, Bakun.
Bila pelaburan asing tidak masuk akhirnya dia akan memangsakan wang pencen pembayar cukai iaitu KWSP. Jadi pada saya ini adalah pengkhianatan dan merupakan satu pendekatan fiskal yang cukup curang.
Laman web Merdeka Review semalam mendedahkan Malaysia terpaksa melangsaikan hutang bon sebanyak RM101.65 billion dalam masa tiga tahun iaitu daripada 2010 sehingga 2012.
Menurut perangkaan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, KWSP merupakan "khazanah" terbesar kerajaan persekutuan dengan membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 billion termasuk kepada GLC walaupun masih berhutang sebanyak RM48.36 billion.
Dr. Dzul yang ditemuramah TV Selangor berkata KWSP tidak mempunyai kuasa mutlak menentukan jumlah yang perlu dibiaya justeru terpaksa akur dengan keputusan kerajaan.
"Mereka akan memulas tangan KWSP untuk terus membiayai projek mega mewah mereka. Saya cukup takut kerana pada zahirnya mereka mengatakan projek akan dipacu oleh swasta tetapi pada zahirnya menggunakan dana rakyat.
Tambah beliau lagi, cara kerajaan mendewakan pertumbuhan KDNK adalah bentuk pengurusan kewangan yang salah di mana mengabaikan kepentingan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Beliau mengambil contoh agihan belanjawan kurang RM10 billion kepada negeri Sabah dan Sarawak yang tidak setimpal dengan keuntungan yang diserahkan kepada kerajaan justeru dalam masa yang sama meminggirkan keperluan asas bekalan air bersih dan keperluan komputer kepada masyarakat luar bandar kedua-dua negeri itu.
Dr. Dzul berkata, beliau dan Pakatan Rakyat mengambil pendekatan prinsip 'Aulawiyat' dengan memberi keutamaan kepada perkara yang wajar diutamakan.
"Apa yang boleh kami lakukan pertama, sebelum kita bercakap tentang subsidi dan sebagainya, tutup lubang ketirisan dan kebocoran. Kedua, dalam menentukan pelaburan dan pembangunan tentukan keutamaan. Memang semuanya penting tetapi ada yang lebih penting dari yang penting-penting," katanya lagi.
Beliau menambah, fokus kerajaan Barisan Nasional dibayangi pembangunan fizikal yang melambangkan kemegahan infrastruktur namun mengabaikan perkara asas menjana sumber manusia untuk memenuhi pasaran dunia.
"Kita akan memfokus bukan pembinaan inftra-struktur tapi yang lebih penting info-struktur iaitu "human capital", keupayaan pasaran membekal pekerja berkemahiran.
"Yang hendak dibina bukan KLIFD tetapi rangkaian hadirnya profesional yang mempunyai kemahiran dan keupayaan di tahap tertinggi kewangan Islam korporat. Mana dia manusia itu kalau tidak keluar daripada institusi tempatan dan luar negara. Kita perlu laburkan kepada bakat yang kita bina," tegas beliau.
Seterusnya >>>