Showing posts with label Ahli Parlimen Kuala Langat. Show all posts

Cincin AS$24 Juta : Satu Pembaziran Wang Rakyat



KUALA LUMPUR 04 OKT : Kenyataan kerajaan bahawa wujudnya cincin bernilai AS$24 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor secara tidak langsung membuktikan satu pembaziran dan ketirisan luar biasa telah dilakukan, ujar Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

"Ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak boleh dipercayai dalam menyatakan kebenaran, maka dengan kenyataan ini juga membuktikan Barisan Nasional satu kepimpinan yang korup, membazir dan tidak memikirkan keperluan tabungan untuk rakyat, ianya suatu yang menjijikan."katanya

Beliau berata demikian ketia ditemui TVSelangor diluar Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, hari ini bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pembelian cincin AS$24 juta yang membabitkan isteri Perdana Menteri.

Nazri mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh Rosmah sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Nazri berkata Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat pengeluar.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata bahawa Pembangkang tidak berdiri kukuh dengan membawa isu untuk meraih tempat dan sokongan, tetapi apa yang berlaku hari ini jelas, perjuangan Pembangkang ialah membongkar salah urus tadbir yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah.

"Setelah diakui ianya terbukti bukan lagi retorik politik mahupun fitnah, tetapi ini adalah kenyataan yang membariskan bahawa isteri Perdana Menteri itu seorang yang boros, persoalannya dari mana datang wang sejumlah itu, sepatutnya ia digunakan untuk pembangunan rakyat tetapi disalah guna untuk pembarizan yang cukup luar biasa."jelas beliau

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu turut menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada keperluan untuk melayan perkara tersebut.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” jelas Rosmah
Seterusnya >>>

UMNO BN Main Isu Politik, Tenggelamkan Isu Rakyat

KUALA LANGAT 17 MEI : Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih banyak memainkan isu- isu yang memberi kepentingan politik mereka semata- mata sekaligus menenggelamkan isu semasa dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan pemerintah dilihat dengan sengaja menimbulkan pelbagai isu yang meyerang keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat hanya kerana mahu menutup pelbagai isu yang tidak memihak kepada rakyat, umpamanya harga barang naik.

"Hari ini yang dibicarakan bukan soal hidup rakyat tapi soal video, kes liwat dan air mani. Sehinggakan rakyat tercicir, tak berbincang soal gula naik," katanya.

Baru- baru ini secara tergesa- gesa, kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya meningkat kepada RM2.30 daripada RM 2.10 sebelum ini.

Kenaikan ini adalah kali keempat setelah kerajaan pemerintah berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu.

Pada Januari 2010 harga barangan asas ini naik sebanyak 20 sen, diikuti Julai 2010, harga itu meningkat lagi sebanyak 25 sen dan harganya terus pada Disember 2010 sebanyak 20 sen.

Hanya kerana mahu menjimatkan pemberian subsidi gula sebanyak RM116.6 juta, kerajaan pemerintah seolah- olah menutup mata kepada segala perit jerih yang membelit rakyat bawahan.

Hakikatnya, berbilion ringgit boleh dijimatkan jika tiada ketirisan kewangan, rasuah dan pengurusan harta negara yang korup.

Kerajaan juga bingkas membandingkan harga subsidi dinegara ini dengan negara jiran.

Ulasan yang selalu diterima adalah, walaupun kerajaan menaikkan harga, namun harga di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Gula naik RM 2.30, kenaikkan luar biasa 65 sen hampir 45% daripada kenaikkan yang baru-baru ini, subsidinya benar RM 116.6 juta, Rosmah boleh diberi sebanyak RM 110 juta dalam program Permata tapi rakyat diberikan subsidi sebanyak RM 28 juta sahaja," katamya.

Beliau berkata demikian di hadapan seramai 1,400 orang yang hadir dalam program ceramah majlis penerangan Jelajah Selangor atau 'JELAS- Tawan Malaysia' malam tadi di Dewan Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS).

TV Selangor difahamkan ceramah yang diadakan malam tadi telah bertukar lokasi sebanyak empat kali disebabkan gangguan dari pihak polis yang menghalang ceramah penerangan itu untuk diteruskan.
Seterusnya >>>

Kacau Perhimpunan Aman, Kerajaan Hina Hari Pekerja


SHAH ALAM, 1 Mei - Tangkapan terhadap beberapa pekerja termasuk beberapa pemimpin pertubuhan pada Hari Pekerja di ibu Negara hari ini dianggap memberi satu penghinaan terhadap pekerja di Malaysia kata Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.
Menurut Abdullah, sudah tiba masanya bagi golongan pekerja mengorak langkah bagi mengubah kerajaan pusat agar mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Pekerja dianggap kelas ketiga, dihina seolah-olah bangsatnya  pekerja di Malaysia ini oleh kerajaan barisan Nasional Jadi untuk lahirkan ketiakpuasan hati mereka , mereka perlu membuat suatu tuntutan. Kalau setakat  rali itu belum  lagi mengaibkan ,  salahnya  apa/ kalau rally itu perlukan ada  permit, maka  negara ini negara yang dictator, dictator, orang utara cakap  Negara celaka haram jadah, ini persoalan perlu dijawab oleh semua orang.
"Kerana ini tidak langsung menggugat ekonomi Ini mencerminkan tuntutan itu memerlukan pembelaan. Itu saja tuntutan yang dibuat. Gaji minimum, bila hendak dibuat akan datang, akan datang tapi bila, bila. Persoalannya rakyat begitu benci , begitu marah dengan pembohongan demi pembohongan dan cara hangat-hangat tahi ayam yang dibuat oleh Barisan Nasional," tegas Abdullah
Polis menahan 21 termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jayakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan dalam perhimpunan sempena hari pekerja di ibu negara hari ini.
Presiden Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan tangkapan tidak seharusnya dilakukan dalam perhimpunan aman pada Hari Pekerja bagi menghormati hak pekerja kerana hak untuk berhimpun itu terkandung dalam perlembagaan Negara.
“Merupakan satu hak bagi kita untuk berhimpun sebagaimana terkandung dalam  perlembagaan Negara , Perkara 10, Jadi sepatutnya hak  ini dihormati dan mereka ini diberi hak  untuk  berhimpun secara aman khususnya  hari ini adalah sambutan Hari Pekerja. Jadi saya rasa sepatutnya tidak berlaku apa-apa
Penahanan melainkan jika ada berlakunya keganasan atau kekerasan dan pada masa yang sama mereka harus diberikan  pembelaan dan dibebaskan terus.
Beliau turut mempertikaikan tindakan poplis yang membua tindakan melulu dalam menghalang perhimpunan dan melakukan tangkapan sedangkan hak untuk berhimpun itu perlu diberi pada tempat yang betul dan diberikan ruang yang secukupnya.
Syed  Ibrahim  juga berharap situasi perhimpunan di Negara ini  perlu dibuat penafsiran semula.
“Situasi perhimpunan di Negara ini perlu dibuat satu penafsiran semula sebagaimana perhimpunan-perhimpuna yang telah dibuat sebelum ini. Bermakna pihak polis dan pihak  kerajaan perlu melihat  satu suasana yang sihat untuk rakyat boleh berhimpun dan menunjukkan , menyampaikan mesej mereka  dan juga mainkan peranan dalam kgerakkan isu-isu dalam Negara.
Belaiu juga turut mempertikaikan piawaian berbeza atau 'double standard'  dalam memberikan penilaian antara satu perhimpunan dan perhimpunan lain.
"Dan pada yang sama saya rasa banyak berlaku double standard , piawaian yang berbeza-beza daripada satu perhimpunan ke satu perhimpunan. Sesetengah perhipunan tidak ada apa-apa seolah-olah dibenarkan sesetengah perhmpunan pla dihalang dan ditangkap mereka ini. Jadi isu ini tak selesai sampai  sampai sekarang masih belum selesai. Banyak laporan telah dikeluar oleh Suhakan contohnya  yang telah mencadangkan  supaya perhimpunan ini diberi ruang yang cukupnya dan tidak memerlukan satu permit, Cuma yang diperlu diumumkan kepada pihak polis dan pihak polis bekerjasama agar perhimpunan itu berjalan dengan baik," kata beliau
Seterusnya >>>

Dakwa curi ‘hasil’ tanah orang asal: Umno penipu


KUALA LANGAT: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor ‘memunggah hasil’  tanah orang Asal di Kuala Langat sebagai satu pembohongan besar.
“Umno ini penipu, pembohong, pencacai, celaka haram jadah. Dia buat isu ini, dia patut tunjukkan bukti” tegas Abdullah Sani kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas dakwaan Umno Barisan Nasional (BN) melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mengambil hasil tanah orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.
Akhbar utama Umno BN itu memuatkan laporan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan Tanah Simpanan Sakai itu kepada ‘pihak ketiga’ tanpa pengetahuan 4,000 penduduk orang Asal berketurunan suku Temuan di situ.
Menyifatkan berita itu satu ‘penipuan bodoh’ dan berdasarkan ‘cakap-cakap orang’ tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, kerajaan Selangor katanya tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti dilaporkan akhbar Umno BN itu.
“Dia (Utusan) patut tunjuk bukti. Kita tak pernah ambil walau satu inci pun tanah rakyat, kita lagi bagi (tanah) ada lah. Kalau betul, dah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis atau badan-badan tertentu dah datang ketuk pintu rumah kami (kerajaan Selangor),” tambahnya.
Jelasnya lagi, Umno BN harus berdepan dengan kerajaan Selangor sebagai ‘anak jantan’, bukan dengan melakukan propaganda jahat di media.
“Mereka ini (Umno BN) kalau tak menipu, mereka tak boleh hidup. Sila berdepan kami sebagai anak jantan, bukan dengan menipu di media perdana,” katanya.
Justeru, Abdullah Sani berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Umno BN mengaitkan beliau dalam isu ini.
“Kalau dia sebut apa-apa berkaitan saya, saya tak akan teragak untuk saman mereka,” katanya.
Seterusnya >>>

Dr M Diminta Muhassabah Diri




SHAH ALAM 2 FEB : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad segera melakukan muhasabah diri dan bertaubat sebelum melabelkan seorang alim ulama sebagai teruk. 
Menurut Abdullah,tindakan Mahathir menyerang keperibadian Nik Aziz dengan mengatakan pemimpin yang terkenal dengan panggilan Tok Guru itu sanggup melonggarkan ajaran Islam di  negara ini hanya kerana berkongsi landasan dengan Pakatan Rakyat untuk menyebarluaskan ajaran Islam, adalah tidak wajar sama sekali. 
Ulasnya, kenyataan Mahathir itu tidak ubah menggambarkan ketakutan beliau terhadap kehancuran yang dilakukan pada zaman pemerintahannya. 
" Mahathir sekarang ini diberitakan kehidupannya dalam ketakutan kerana keretakan perpecahan dalam perpaduan Melayu itu berpunca daripada zaman beliau.

" Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz itu seorang ulama. 21 tahun menjadi menteri besar. Tidak pernah sekali pun menukar watak dirinya termasuk kekayaan, (atau) memunggah kekayaan rakyat, tidak pernah dalam agendanya," kata Abdullah.  
  "Bagi saya Dr Mahathir ini sudah kehilangan masa lampau beliau. Kalau kita hendak katakan nyanyuk pun boleh. Sudah tidak ada berlaku lagi dua imam, kenduri tidak pergi, dalam erti kata lain, beliau telah pun diangkat kembali ke zaman silamnya. Apa yang berlaku, kerana beliau yang melahirkan itu," tambah beliau.     
Utusan Malaysia semalam melaporkan, Mahathir sebagai berkata, Nik Aziz hatta mungkin sanggup membelakangkan agama jika dinasihatkan oleh DAP berbuat demikian kerana menyifatkan Islam nasionalis sebagai teruk.
Mahathir mengaitkannya dengan komentar Nik Aziz yang berkata, masyarakat Melayu Islam di negara ini yang menolak ajaran Islam lebih teruk berbanding mantan perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew. 
" Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.
"Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya Nik Aziz.
Bertindak seperti hero untuk mempertahankan orang Melayu, Mahathir terus masuk ke gelanggang dan menyifatkan Nik Aziz bersetuju dengan kenyataan Kuan Yew dalam buku tulisannya yang berjudul "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".
Namun menurut Abdullah Sani, Mahathir perlu mengimbau kembali apa yang dilakukannya terhadap orang Melayu Islam di negara ini sehingga berlakunya perpecahan sebelum melatah terlalu cepat. 
" Zaman dia sekolah agama rakyat ditarik hak mereka.Segala bentuk keagamaan, semua dicantas. Kita kena ingat, tunggang langgang ibu bapa lari, hendak hantar anak sekolah sebab masa itu sekolah agama rakyat dikatakan tidak ada masa depan.Dia yang buat. Biadapnya dia mempertikaikan agama itu sebagai satu ilmiah untuk kita mempertahankan rakyat madani ini.    
   
" Cukuplah apa yang Dr Mahathir buat. Cukuplah. Kalau umur sudah sampai Isyak itu, saya harap jangan sampai subuh. Saya takut esok mentari tak sampai. Kita jadi terpinga-pinga, dosa yang kita buat tidak terampun kalau kita menyakitkan hati orang.     
Ujarnya, sebelum menuduh Nik Aziz yang mengakibatkan punca perpecahan masyarakat Melayu Islam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah lama wujud sebelum Umno. 
Malah ketika itu semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. 
Justeru terbukti, kewujudan Umno ketika itu memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
Malah katanya, Mahathir juga perlu ingat apa yang dilakukannya pada tahun 1993 apabila kuasa Raja-raja Melayu dipinggirkan oleh beliau. 
Tambah Abdullah, Mahathir juga tidak perlu berbangga dengan pembangunan yang dibawa oleh pemimpin nasionalis di negara ini dan memperlekehkan ilmuan seperti Nik Aziz,sedangkan rakyat di bawah terpaksa menanggung derita.     
" Selama ini hendak tanya, pembangunan yang ada ini bolehkah rakyat menikmati pembangunan yang ada ini? Setakat hidup menjadi papa kedana, barang naik. Rakyat hidup melarat, inikah yang dia hendak cari?  
Sementara itu, ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Mahathir adalah punca sebenar perpecahan orang Melayu di negara ini. 
" Kedatangan Umno memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Sebelum Umno wujud, umat Islam ini bersatu di bawah prinsip Islam tetapi selepas adanya Umno yang dicipta oleh orang putih, maka umat Islam mula berterabur, satu menyokong Islam dan satu lagi menyokong perjuangan rasis, perjuangan nasionalis Melayu, perkauman Melayu. Jadi kalau Mahathir masih lagi berfikiran demikian, beliau memang nampaknya sudah ketinggalan zaman.      
Malah ujar Nizar, lantaran terlalu berpegang kepada semangat nasionalis itu, Mahathir menganggap Nik Aziz sebagai seteru politiknya walhal apa yang dibawakan oleh PAS ialah ajaran Islam yang sepatutnya turut diterapkan dalam Umno itu sendiri.
" Sebab itu dia tidak boleh secucuk dengan perjuangan PAS dan perjuangan Keadilan sebab Keadilan ini ia tidak mengenal warna kulit, tidak mengenal pihak assbiyah atau bersuku-suku.


" Dr Mahathir kena ingat, bahawa banyak perkara-perkara yang PAS tegur dan Umno akhirnya terpaksa berhenti dari membuat perkara yang jauh lebih mungkar.Kita ambil contoh Umno meluluskan lesen judi yang jelas perkara itu haram, dan PAS serta rakan-rakan menegur.Ini pencapaian-pencapaian yang Dr Mahathir tidak nampak di samping meningkatkan nilai-nilai murni orang Islam," tambah Nizar lagi.      
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, walaupun Mahathir mentadbir Malaysia lebih 20 tahun, Umno gagal mendidik tentang lunas-lunas Islam bukan sahaja kepada masyarakat Melayu Islam yang berada dalam Umno mahupun parti komponennya. 
Jelas Nasharuddin, contoh paling jelas ketika di kempen pilihan raya kecil di Tenang, apabila isu bersalam calon PAS, Normala Sudirman dijadikan sebagai kempen MCA.   
" Umno telah gagal untuk memainkan peranan dia sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, parti yang dikatakan dominan dalam Barisan Nasional, parti milik orang Melayu tetapi dalam hal yang berkaitan dengan Islam, tidak berjaya mengetengahkan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga ajaran yang asas dalam Islam tidak difahami, bukan sahaja parti komponen Barisan Nasional tetapi termasuk rakyat secara umum.        
" Ini hujah ketinggalan zaman yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tokoh, ini hujah orang kampung. Maknanya rendah sangat martabat Dr Mahathir ini untuk membawa  isu ini sebagai hujah," kata Nasharuddin lagi.
Seterusnya >>>

1Malaysia : Najib Hanya Nafi Tapi Takut Untuk Berdebat


SHAH ALAM 21 DIS : Penafian konsep 1Malaysia tidak ciplak idea 1Israel tidak bermakna apa-apa selagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus mengelak dari mencabar kesahihan dokumen perjanjian Apco-Israel dan Apco-Malaysia di arena awam.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keengganan Najib satu-lawan-satu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hanya membuktikan bahawa ada kebenaran di sebalik dakwaan Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau terluka dengan dakwaan yang mengatakan konsep 1Malaysia diciplak dari konsep One Israel.
Beliau mendakwa 1Malaysia dan slogan Rakyat Didahulukan adalah ciptaannya sendiri.
Najib bagaimanapun tidak menjelaskan kesamaan kempen antara dua konsep itu. Klinik 1Malaysia diperkenalkan sepertimana One Israel membawa mesej akses kesihatan menyeluruh, manakala slogan Rakyat Didahulukan secara kebetulannya sama dengan tema "People First" yang menjadi slogan One Israel.
"Dokumen yang dibawa Anwar menunjukkan bahawa Apco yang sama, orang yang sama yang mewujudkan 1Israel itu ialah orang yang berada dalam pentadbiran Apco itu sendiri, dan dibayar RM70 juta oleh Kerajaan Malaysia," kata Abdullah Sani.
Dua individu, Paul Stadlen, yang mengepalai Apco Kuala Lumpur memeterai perjanjian bersama Kerajaan Malaysia melalui syarikat berjenama tempatan, Mind Teams Sdn Bhd.
Antara pengarahnya adalah Margery Kraus yang mempunyai keterlibatan langsung dengan akaun Apco di Israel.
Perjanjian ini dimeterai Setiausaha Akhbar kepada Najib, Tengku Shariffudin Tengku Ahmad pada 14 Ogos 2009, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.
"Penafian RM70 juta, dokumen-dokumen penting, perjanjian dengan syarikat yang didominasi oleh Yahudi-Israel harus dibuktikan. kalau setakat menafikan, itu sekadar retorik," katanya.
Anwar mendakwa salah satu rakan niaga Apco adalah syarikat Asero Worldwide, yang dipimpin oleh Penasihat Apco, Major Jeneral Bersara Doron Bergerbest-Eilon.
Eilon adalah pegawai kanan Shin Bet, yang bertanggungjawab dalam pembunuhan pemimpin Hamas antaranya Nizar Rayan dan Said Siyam.
Nizar dibunuh di Gaza bersama-sama isteri dan 11 anaknya di rumah mereka dalam satu serangan jet pejuang Israel. 
Seterusnya >>>

Kenyataan Muhyiddin Bersifat Anti-Perpaduan

SHAH ALAM 25 Sept - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran tidak berkuasa menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau dianggap tidak bertanggungjawab dan anti- perpaduan kerana pada masa yang sama beliau cuba menjadi hero perpaduan melalui gagasan '1Malaysia'.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kenyataan Muhyiddin itu dilihat kurang bijaksana kerana seolah-olah mempertahankan pengetua yang bersikap perkauman terhadap pelajar bukan Melayu. 
"Sekurang-kurangnya mereka disiasat kerana melakukan provokasi terhadap murid-murid ini kerana mengikut Perlembagaan yang termaktub, kita perlu menjaga hak dan kepentingan semua kaum.
"Beliau seolah-olah cuba lari daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan dan tidak menyelesaikan secara profesional seperti pepatah, baling batu sorok tangan. Ini memendekkan lagi hayat politik pemimpin Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.
"Ini menunjukkan, kerajaan Umno-BN sudah berada di penghujung jalan dan bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Kebiasaannya, orang tua kata mereka yang akan mati buang tabiat dan inilah yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN sekarang ini," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.
Apa yang dikesalkan katanya, jika perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, pihak polis dengan pantas akan  mengambil tindakan undang-undang tetapi dalam hal yang membabitkan kepentingan Umno-BN, sedikit pun tidak ada tindakan terhadap mereka yang terlibat.
"Kita ambil contoh seperti akhbar Suara Keadilan yang baru-baru ini disaman Felda, isu itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengumuman saman RM200 juta itu di media.
"Begitu juga dengan tindakan pihak polis yang dengan segera mengambil tindakan terhadap Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya," ujar beliau.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya tidak kuasa mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut terletak di tangan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada 4 September lalu, media melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.
Tiga hari lalu, MCA melahirkan rasa tidak berpuas hatinya dengan pengetua yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pelajar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.
Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu, Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.
Chong berkata ibu bapa pelajar terbabit juga telah memohon kepada Jabatan Pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani itu dipindahkan secepat mungkin.
Seterusnya >>>

Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau

Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.
Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.
Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.
Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.
Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN  dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.
Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.
"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.
Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.
Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.
Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.
"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.
Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun. 
Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.
"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani.
Seterusnya >>>

Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau

SHAH ALAM 1 Sept Ogos - Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.
Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.
Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.
Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.
Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN  dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.
Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.
"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.
Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.
Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.
Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.
"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.
Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun.
Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.
"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani.
Seterusnya >>>

Sikap Rasis Pengetua Hasil Kerja Apco

SHAH ALAM 23 Ogos - Sikap rasis seorang pengetua wanita sebuah sekolah di Johor yang didakwa menghamburkan cemuhan berbaur perkauman adalah hasil gagasan 1 Malaysia yang dipertanggungjawabkan Perdana Menteri kepada firma komunikasi pro Zionis-Israel, Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM77 juta.
Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kejadian tersebut menunjukkan Umno-Barisan Nasional gagal mendidik rakyat menghayati Rukun Negara.
Ini dilihat apabila parti komponen BN, MCA dan badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengeruhkan keadaan dengan membawa isu perkauman.
"Satu tindakan yang tegas harus dikenakan terhadap individu yang cuba menyemarakkan api perkauman. Saya rasa apa yang sedang dilakukan Najib tidak lain dan tidak bukan adalah provokasi untuk mengadakan satu lagi operasi lalang dengan tujuan untuk menangkap pemimpin Pakatan Rakyat.
"Kenyataan Presiden MCA tempoh hari seperti meludah ke muka Perdana Menteri tetapi apa yang menghairankan Najib hanya membisu seribu bahasa tanpa mengambil apa-apa tindakan.
"Inilah hasil yang lahir daripada gagasan 1 Malaysia ciptaan Apco yang akhirnya menghuru-harakan keharmonian dan ketenteraman negara. Ini mungkin percubaan Umno-Barisan Nasional untuk memerangkap rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.
"Pada pendapat saya Najib adalah bapa perpecahan perpaduan. Beliau bukan sahaja bacul dan tidak cerdik tetapi sengaja mahu memerangkap Pakatan Rakyat. Kita sudah tahu taktik Najib yang sebenar," tegas Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.
Sebelum itu, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Insyak Mansor didakwa menghina pelajar bukan Melayu termasuk menyamakan pelajar India yang memakai kalung sembahannya seperti anjing dan mengarahkan pelajar Cina dan India yang kurang berpuas hati supaya 'pergi balik China atau India'.
Awal tahun ini, bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar meletakkan jawatannya berikutan kenyataan berunsur perkauman yang dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka.
Bagaimanapun,  tidak ada tindakan undang-undang dikenakan terhadap pengetua atau Nasir di bawah Akta Hasutan 1948 bagi kesalahan membangkitkan sentimen perkauman.
Seterusnya >>>