Showing posts with label Ahli Parlimen Klang. Show all posts

'Gangguan' usaha terancang takutkan rakyat : MP Klang

klscah launch civil society award 191207 charles santiagoAhli parlimen Klang Charles Santiago tidak menolak kemungkinan gangguan yang dicetuskan pada ceramah pro-pembangkang baru-baru ini adalah sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Ini kerana menurut Santiago, corak kedua-dua insiden berkenaan hampir sama dan berlaku di kawasan kejiranan masyarakat majoriti Melayu yang dahulunya kubu kuat Umno.

"Pandangan saya a terdapat usaha terancang untuk menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengikuti perkembangan semasa," kata Santiago ketika dihubungi semalam.

Katanya, beliau sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang gangguan atau keganasan semasa perhimpunan politik dan aktiviti masyarakat sivil di Klang.

Insiden pertama berlaku pada 21 Januari lalu, apabila perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Sabtu lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosilak menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

"Saya akan berjumpa dengan saksi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung apa yang sebenarnya berlaku. Saya gesa semua pihak, termasuk pihak penganjur dan polis supaya lebih berhati-hati," kata Santiago.
Seterusnya >>>

Kedangkalan Umno-BN Terserlah, Cabar PR Turunkan Harga Barang


SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.
" Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri."
" Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.
“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
" Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja dengan mengatakan ia dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan negeri boleh menukar harga barangan sewenang-wenangnya, walhal ia tidak boleh berlaku," tegasnya.
Seterusnya >>>

Kenaikan Harga Petrol Tanda Inflasi Tinggi




SHAH ALAM 3 DIS: Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol RON95, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan apabila inflasi tinggi, harga hampir kesemua barangan dan servis akan meningkat tetapi impak terbesar adalah pada sektor pengangkutan dengan kenaikan harga tambang bas dan sebagainya.
"Bila harga naik juga bermaksud inflasi telah naik, dan kerajaan selalu mengatakan bahawa inflasi tidak naik tetapi dalam keadaan-keadaan sederhana. Tetapi apabila saya berbincang dengan warga miskin, di jalanraya, di pasar, mereka kata kebanyakan harga barang telahpn naik. Tahun ini sahaja, bulan ke bulan harga naik," kata beliau kepada TVselangor, petang tadi
Beliau yang mendapat berita berkenaan kenaikan harga RON95 yang dijangka naik lima sen bermula tengah malam ini berkata penurunan subsidi oleh kerajaan Umno-BN hanya akan memiskinkan lagi rakyat jelata.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan memang hendak menurunkan subsidi untuk rakyat, tapi untuk kaya dan kroni dia masih bagi subsidi. Tetapi untuk rakyat jelata yang miskin, pekerja, petani, dan penganggur dan orang-orang yang berpendapatan rendah, mereka tidak akan mendapat apa-apa," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata dakwan kerajaan bahawa inflasi tidak begitu berubah hanyalah 'public relations' (perhubungan awam) sahaja.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan menaikkan hargaa barangan asa termasuk minyak petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional\Umno tidak menghiraukan kesusahan rakyat.

"Jangan lupa ia akan mencetuskan tekanan inflasi. sebab barang-barang ini bersangkutan seperti petrol, gas, diesel, gula ada dalam perkhidmatan dan produk. tenaga diesel, gas ini penting. semua pengedar, pengilang, peruncit, pengguna akan menanggung dengan kenaikan ini' katanya  kepada Tvselangor petang tadi.
Menurutnya, BN tidak memperdulikan nadi rakyat kerana kenaikan harga berkenaan juga secara tidak langsung akan mencetuskan kenaikan pelbagai barangan asasi.
""Dengan kenaikan barang asasi ini bakal mencetuskan tekanan dan keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah khususnya kerana mereka ini kalau kita fikir, orang yang berkerja ada juga mungkin kenaikkan gajinya...tetapi kalau orang yang tidak berpendapatan tetap dan tiada gaji, apa kenaikan pendapatan mereka? mereka terbeban dengan kenaikan ini" katanya lagi.

Beliau menambah kenaikan tersebut juga membayangkan kerajaan terhimpit untuk mendapatkan dana atau meningkatkan pendapatan mereka.
Menurutnya lagi, setelah kerajaan BN gagal mengemukakan pembentangan cukai baru GST, mereka mengambil jalan untuk menaikkan harga barangan asa berkenaan secara berperingkat
""Kerajaan tetap mencari pendapatan untuk mereka dengan memangsakan rakyat, rakyat perlu dimangsakan...bukan dengan kegiatan ekonomi, pelaburan, produktiviti dan sebagainya," tambah beliau lagi.
Seterusnya >>>

Pengambilalihan Pentadbiran PLUS Perlu Telus


SHAH ALAM 17 Okt : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan, sekalipun kadar tol di empat lebuhraya utama PLUS Ekspressway Berhad (PLUS) tidak akan dinaikkan untuk 5 tahun akan datang, namun kerajaan perlu membayar sejumlah pampasan kepada pemegang konsesi tersebut. 
"Ini bermaksud bahawa walaupun orang ramai tidak membayar tol, tetapi di dalam perjanjian konsesi kerajaan Malaysia dengan PLUS, ada klausa yang mengatakan bahawa, kalau tarif tidak naik, maka alternatif kedua ialah pampasan daripada pihak kerajaan kepada pihak PLUS," katanya.
 Beliau yang dihubungi TV Selangor menjelaskan, bahawa rakyat dan kerajaan sebenarnya yang akan kehilangan sumber kewangan, apabila pembiayaan dilakukan melalui kaedah tersebut.
 Ini berikutan kewujudan tawaran dari Kumpulan UEM Berhad (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd pada harga RM23 bilion. 
 Dalam pada itu, Charles turut mempersoalkan ketelusan dan kaedah sekiranya urusniaga tersebut dilakukan, termasuk butiran, dan bagaimanakah transaksi tersebut akan dijalankan. Beliau turut mempersoalkan, apakah kos dan harga yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak untuk pengambilalihan tersebut, dinilai mengikut harga pasaran semasa. 
"Adakah kos yang dibayar oleh pihak KWSP dan UEM dengan harga yang kompetitif. Kita tidak tahu, sebab sampai sekarang kita tidak tahu butir-butir mengenai isu ini. "Tetapi pada pandangan saya, apa yang penting dan apa yang perlu ialah untuk mengadakan satu proses terbuka dan telus untuk mengatakan siapa yang boleh mengambil alih PLUS," katanya. 
Charles mendesak pihak yang berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan, berikutan jumlah transaksi atas urusniaga tersebut berjumlah lebih RM 20 bilion.  
"Ini sebenarnya adalah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, tetapi isu yang dibangkitkan harus dijawab oleh Kementerian Kewangan sebab mereka yang berkait. Mereka yang mengawal agensi tersebut untuk semua urusan, penswastaan dan sebagainya." jelasnya.
Seterusnya >>>