Datuk Seri Najib Razak paling banyak mempunyai pengikut palsu di Twitter berbanding pemimpin-pemimpin dunia lain, menurut
Meld Magazine.
Portal
atas talian itu melaporkan, Najib mempunyai 40 peratus atau 1.41 juta
pengikut palsu - bermaksud pemilik akaun yang mempunyai hanya beberapa
pengikut dan tweet tetapi mengikuti banyak akaun.
Sebanyak 15
peratus daripada pengikut Najib tidak aktif, menurut laporan yang
disiarkan pada 3 Mei sementara 15 peratus lagi dipercayai pengikut asli.
Di
belakang beliau Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra (55
peratus) dan Perdana Menteri India Manmohan Singh (54 peratus) di tempat
ketiga.
No comments:
Post a Comment