KUALA LUMPUR : Seorang penganalisa politik terkemuka rantau
Asia Tenggara hari ini membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri
sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau
RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13.
Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam
artikelnya di Malaysia berkata, perangkaan tersebut datang daripada
analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap
tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.
“Saya
secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah
membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana
Menteri sehingga sebelum Parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan
raya,” tulis Bridget.
Bridget berkata, Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam
pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia.
“Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik
dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik,
kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga
disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti,”
kata beliau.
Bridget berkata, perbelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6
bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi di
atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan
pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.
“Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran
Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini.
“Setakat ini, ini adalah pilihan raya termahal di Malaysia.
Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk
kempen, lebih banyak wang akan digunakan,” beliau memberikan amaran.
Najib, kata beliau, sekarang boleh dikatakan terlibat dalam pilihan raya termahal di Asia Tenggara.
Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan
bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta
untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan
0 Komen pengunjong :