Isu PM - Tiada Masalah Presiden PAS Diangkat Sebagai Perdana Menteri


SHAH ALAM, 18 NOV – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah berhubung kenyataan Perwakilan Dewan Ulama PAS yang mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Putrajaya.
Katanya, perkara tersebut boleh dibincangkan dengan baik tanpa sebarang masalah.
“No problem (tiada masalah), tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik,” katanya ringkas
Beliau berkata demikian semasa di temui wartawan ketika menghadiri Konvensyen anjuran Yayasan Selangor di Unisel pagi tadi.
Pada sesi perbahasan Muktamar PAS kali ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu semalam, Perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam Mat Husin menegaskan, Abdul Hadi lebih layak untuk jawatan tersebut berbanding Anwar.
Katanya, Ahli PAS sepatutnya berkempen untuk presiden parti dan bukannya pemimpin parti kompenan PR.
Sementara itu, Abdul Hadi dalam sidang media semalam menyatakan beliau tidak pernah berhajat untuk menjadi perdana menteri.
Beliau turut mengingatkan semula kenyataan sebelum ini mengenai kesanggupannya untuk turun semula ke laut, menjadi nelayan jika meninggalkan politik.

0 Komen pengunjong :