Hidup idealogi komunis tuduhan gila -SAMM

http://i967.photobucket.com/albums/ae159/Malaysia-Today/chegu-bad.jpg
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Umno-BN kini semakin terdesak apabila mendakwa terdapat usaha untuk menghidupkan semula idealogi komunis.
Beliau mengulas tangkapan 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan ‘Udahlah..Bersaralah..”  Jumaat lalu.
Menurut Chegu Bard, polis menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agung, yang jika sabit kesalahan mengakibatkan hukuman gantung sampai mati.
Justeru beliau menyifatkan tuduhan terhadap kesemua aktivis tersebut sebagai tidak berasas dan ‘gila’ yang dilakukan Umno-BN- bertujuan menyekat Perhimpunan aman Bersih 9 Julai.
“Lebih gila lagi kesemua mereka kini disiasat dan mungkin didakwa dengan tuduhan berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agung.
“Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani,”
“Tindakan ini juga boleh diterjemahkan sebagai bukti Umno merupakan pewaris penjajah dengan meneruskan dendam penjajah terhadap penentang penjajah yang menuntut kemerdekaan ‘total’ ke atas rakyat dan tanahair ini,” ujarnya.
Menurut Badrul, pihak berkuasa Malaysia menafikan hakikat bahawa Sultan Perak sendiri pernah bertemu dengan tokoh-tokoh pejuangan kemerdekaan tersebut di istananya.
“Malah Rashid maidin dan isterinya juga telah dibiayai urusan ibadah hajinya,”
“Ini semua usaha menakutkan dan mematahkan kebangkitan rakyat. Regim bertambah panik dengan memperkudakan sepenuhnya polis khususnya takut dengan kebangkitan rakyat menjelang Bersih 2.0,” ujar Badrul.
Badrul mempersoalkan  hubungan Malayisa dengan negara fahaman komunis seperti China, Vietnam dan seumpamanya.
“Jawapannya mudah, sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan ideologi atau fahaman.
“Ia hanya kerana keselamatan dan kepentingan regim semata – mata. Malaysia ialah negara hipokrit dan oportunis, lihat sahaja bagaimana selaku kononnya negara Islam kita punya hubungan dagang erat dan menyumbang dana besar dalam ekonomi Israel sebagai rakan dagang,” ujar beliau.

0 Komen pengunjong :