Pengakuan atau Saja-Saja Buat Pengakuan

S .Manikumar yang juga Exco Negeri Kedah menafikan desas - desus yang menyatakan beliau akan keluar parti sebaliknya menyifatkan ia sebagai fitnah jahat bertujuan untuk memecah- belahkan ikatan Pakatan Rakyat. Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliaulah mendalangi gerakan bagi memecah-belahkan kerajaan negeri Kedah.

Sebaliknya beliau memberi jaminan yang beliau tetap tegas dengan pendiriannya dan beliau tidak akan berganjak dari kerusi Pakatan Rakyat dikawasan Bukit Selambau kerana mementingkan rakyat yang telah mengundi dan mengangkat beliau menjadi wakil rakyat dikawasannya.

Kembara Jr ..... Begitu semangat dan beria-ia benar pengakuan oleh Adun ini, apakah boleh di percayai atau tidak???  Buat pengakuan atau saja-saja buat pengakuan !! Bagi aku dengar boleh tetapi pakai jangan. Seribu janji boleh dibuat., biasalah lidah orang politik ni, hari ini begini besok lain pulak.

Semoga Datuk Sri Azizan ambillah sesuatu tindakkan bagi mengelak berlakunya Perak kedua keatas Negeri Kedah. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak ada gunanya.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :