Jijik Dan Hina : Ustazah berzina Dengan Warden Di Asrama Pelajar

Menjijikkan, malahan begitu hina sekali apabila seorang yang dipanggil ustazah dan mengajar pula disebuah sekolah agama dengan berpakaian sopan, yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan namun masih tergamak berzina di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk dan keji oleh ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.


Kembara Jr .....Astarfirullahalazim, minta dijauhkan tuhan daripada terjadinya perkara sebegini keatas kaum keluarga dan juga sahabat handai kita semua
Apa yang hendak aku katakan disini bahawa kita tak boleh menilai seseorang itu melalui pakaian / luaran sahaja. Dalaman juga mestilah sempurna. Sebagai contoh yang terjadi, ianya seorang ustazah dan dah  berpakaian menutup aurat. Pandangan luarannya sudah elok tetapi kenapa masih lagi terjadi perbuatan terkutuk tersebut? Ianya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana tiada keimananlah menyebab terjadinya perbuatan zina itu. Biarlah kita semua cantik diluar dan sempurna didalam. Semoga Allah jauhkan kita semua dari melakukan perbuatan terkutuk itu..........

0 Komen pengunjong :