Tahniah untuk Negeri Sembilan

Aku rasa masih belum terlambat aku nak ucapkan tahniah kepada skuad Negeri Sembilan diatas kemenangannya menjulang piala FA edisi ke-21.

Dalam perlawanan tersebut Negeri Sembilan telah menewaskan Kedah 5-4 melalui sepakan penalti setelah kedudukan 1-1 apabila tamat masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu malam.

Ia merupakan kemenangan kedua skuad Negeri Sembilan. Kemenangan pertama dulu dimenanginya pada 2003.

Pada perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu membuat jaringan pada minit ke-27 melalui penyerang Baddrol Bakhtiar. Namun gol tersebut tidak bertahan lama apabila Negeri Sembilan seterusnya berjaya untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-38 melalui Mohd Shaffik Rahman.

Tamat perlawanan masa permainan, memaksa perlawanan dilanjutkan masa tambahan 30 minit kerana kedudukan masih terikat 1-1. Tambahan masa 30 minit juga tidak menhasilkan sebarang gol, memaksa penentuan menerusi sepakan penalti.

0 Komen pengunjong :