Selamat Hari Lahir 'Adik'

Tanggal 06hb. April 2010 adalah tarikh kelahiran seorang lagi anaknda  ku iaitu anaknda yang bongsu, Nur Najwa atau panggilan dirumah 'Adik'. Bertambahlah lagi umur adik. “ Selamat hari lahir abah ucapkan”. Semoga allah panjangkan umur adik, berjaya dalam hidup, dimurahkan rezeki dan hidup dalam keadaan gembira selalu. Doa dan pengharapan abah dan juga maa untuk adik.
Sempena hari kelahiran ini, abah dan maa mengharapkan adik menjadi seorang anak yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan juga tanah air. Oleh itu nasihat dan pinta dari abah punyailah satu cita-cita dan berusahalah kearah untuk menjayakan cita-cita tersebut. Kejayaan tidak datang menggolek, oleh itu berusahalah dan  lakukan biarlah dengan azam dan tekad untuk berjaya. Kemudian berdoalah minta pertolongan dengan allah setelah usaha dilakukan. Jangan sekali-kali lupakan allah. Ingat pesan abah selama ini. Insyaalllah akan Berjaya didunia dan akhirat.
Anak-anak abah dan maa kesemuanya baik-baik . Sebab itulah abah dan Maa sayangkan kamu semua. Kami semua mahukan kamu semua menjadi manusia berguna untuk keluarga dan juga masyarakat. Tidak lebeh dari itu. Semoga anak abah dan maa akan Berjaya kesemuanya. Insyaallah......................

1 comment :

  1. adik..ingat pesanan abah tuh..pape, selamat ari lahir..moga pjg umur & murah rezeki..amin..

    ReplyDelete