Pilihan raya lagi

Nampaknya satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor nanti. Ini berikutan kematian anggota parlimen bandar Sibu Datuk Robert Lau di Hospital Selayang, hari ini akibat barah. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Bagi Serawak pula ianya merupakan pilihan raya kecil kedua selepas DUN Batang Ai.
Mengikut peraturan pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kekosongan.
Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan segala persiapan untuk membawa pulang jenazahnya kekampung halaman di Sibu sedang diadakan.
Pada pilihan raya umum yang diadakan pada 2008, Lau dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

0 Komen pengunjong :