Pastikan kemenangan milik Pakatan Rakyat

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada 17 April ini manakala jika ada pertandingan hari pengundian pula akan dijadualkan 25 April. Tak dapat aku bayangkan betapa meriahnya setiap kali diadakan pilihan raya, teringat masa-masa kecil dulu.
Walauapapun, bagi Pakatan Rakyat khasnya PKR, untuk memastikan kemenangan berpehak kepada Pakatan Rakyat aku ada beberapa pandangan :-
1- Pastikan petugas-petugas PR mendekati pengundi dengan cara berhemah. Dapatkan pengundi sebanyak mungkin.
2- Elakkan sebarang provokasi.
3- Berusaha dan bekerja kuat untuk dapatkan pengundi. Semangat sahaja tidak mengcukupi tanpa usaha.
4- Pemilihan calon biarlah tepat. Memandangkan kebelakangan ini berlakunya lompat parti  yang sedikit sebanyak menjejaskan imej parti, aku minta pehak atasan PKR memilih calon yang betul-betul ada semangat juang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Insyaallah calon ini nanti jika menang aku rasa akan kekal dengan PKR, tidak lagi melompat seperti katak
5- Pengundi diatas pagar merupakan asset untuk membantu kemenangan. Dekati golongan ini dan terangkan keadaan semasa sejelas-jelasnya.
6- Setelah kita laku segalanya kita berdoalah kepada Allah mohon agar kemenangan milik PR. Insyaallah .........amin.

0 Komen pengunjong :