APCO dan agen Israel dalam PDRM

Apa nak jadi dengan negara kita sekarang ini. Kebelakangan ini aku dengar bermacam-macam pendedahan telah di dedahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Mula-mulanya aku dengar fasal APCO dan kemudiannya pulak ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Tapi yang pelik dan ajaibnya kesemua dakwaan ini telah di nafikan oleh Kerajaan BN. Memang dah diagak, lumrah alam, tak kan ada orang akan mengaku bila 'buang' ditepi jalan. Betul tak kata aku?

Aku bimbang, dalam keadaan sekarang ini sudah tentu maklumat-maklumat ketenteraan kita sudah terdedah kepada pehak lain. Jika ini berterusan kemungkinan satu hari nanti kita akan dicerobohi dan ditakluki sebagaimana yang telah terjadi keatas beberapa negara Islam yang lain. Diketika itu jika benarnya terjadi  nanti, dapatlah kita rasakan kesengsaraannya bila dijajah.
Sebagai rakyat Malaysia aku sayangkan negara bertuah ini. Aku tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi ke atas Malaysia. Biarlah Malaysia ini akan aman dan damai tanpa gangguan pehak luar sampai ke anak cucu dan cicit kita nanti. Semoga mereka juga dapat menikmati kenikmatan yang kita kecapi selama ini dibumi bertuah kita ini. Marilah sama-sama kita doakan agar tuhan melindungi negara kita ini daripada terjadinya sebagaimana aku katakan.  Disamping berdoa kita mestilah bersama-sama berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang mana kesemua ini aku kira sudah tidak ada lagi di negara kita ini. Kerana tidak pentingkan kebenaran dan keadilan inilah maka golongan gelojoh ini melakukan apa saja demi mencapai matlamat keinginan diri dan puak-puaknya biarpun dengan cara bersengkokol dengan Yahudi. Tengok dan fikirlah dengan fikiran yang waras apakah benar apa yang aku katakan ini. 
Demi untuk menjauhi negara kita ini ditakluki dan dijajah semula, sama-samalah kita pastikan Pakatan Rakyat akan dapat memerintah negara ini menggantikan parti dacing ( BN )di pilihan raya akan datang. Insyaallah tuhan dipehak yang benar.

0 Komen pengunjong :