Ke Kuala Terengganu

Hari ini aku tidak bekerja. Aku bersama isteri akan ke Kuala Terengganu kerana urusan perkahwinan anak kedua aku, angah. Insyaallah jika tiada halangan perkahwinan yang  dirancangkan ini akan diadakan pada 1hb.Mei nanti. Sama-samalah doakan agar perancangan aku ini dikabulkan Allah. Jadi sudah tentu mulai hari ini aku akan mulai sibuk kerana membuat persediaan apa yang patut untuk tujuan itu. Walaubagaimanapun aku akan luangkan masa untuk menulis diblog aku ini. Menulis apa yang aku rasakan hendak tulis tentang keluarga dan persekitaran.

Buat masa ini rumah aku agak sunyi jugak. Along ke Labuan Sabah, kerana urusan kerjanya. Lebehkurang seminggu juga dia disana. " Jaga diri ya Long!!!" Harap-harap ada lah ole-ole dari Labuan bila balik nanti. Angah belum balik lagi. Masih ade dirumah sewanya di Kuantan. Hari ini hari tak kerja. Tengah hari balik lah. Dua anak lagi dah ada dirumah, jadi  sebelah petang nanti kuranglah sepinya bila dah ade tiga orang anak dirumah.
Ok lah aku dah hendak ke Kuala Terengganu sekarang. Insyaallah aku akan menulis lagi nanti............

1 comment :

  1. haha! insyaallah..cuma kat cni agak panas cuaca nyer..1 ari kat cni pun dah abis merah muka along..nanti along wat balik ole2 ke abah yer..hehe!

    ReplyDelete