Din Bramboi Meninggal Dunia - Alfatihah.

Pelawak dan penyanyi radio popular tanahair Din Bramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah disahkan meninggal dunia di hospital Selayang malam tadi. Kematian tersebut telah disahkan oleh Pengurus saluran Astro Prima, Nizam Sani.
Allahyarham sebelum ini telah mengalami tanda-tanda penyakit deman denggi berdarah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada petang Isnin lepas untuk rawatan selanjutnya. Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ihsan sebelum solat Jumaat hari ini. Salam takziah dari saya untuk ahli keluarganya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan golongkan allahyarham kedalam golongan orang-orang yang beriman.

0 Komen pengunjong :