Dimanakah Nilai Kemanusian

Benci, sakit hati dan sedih pun ada bila mendengar kes buang bayi kedalam tong sampah semalam. Benci dan sakit hati ini kepada mereka yang membuang bayi tersebut. Bayi yang tidak berdosa dan perlukan belaian ibu dibuangkan begitu saja. Hinanya mereka ini. Apakah sudah tidak ada sifat kemanusian lagi sehingga sanggup melakukan perbuatan terkeji begitu? Dimanakah letaknya sifat tersebut, sedangkan binatang yang tidak boleh berfikir sayangkan anaknya inikan pula kita manusia. Kita yang mempunyai akal dan fikiran sepatutnya mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak melebehi dari binatang. Jelaslah sekarang sifat dan nilai kemanusian ini sudah hilang dan tidak bermakna lagi kepada sesetengah manusia sekarang.

Disamping itu sedih aku pula ialah bila mengenangkan nasib seorang bayi yang tidak berdosa dan tidak tau apa-apa dibuangnya ditempat yang tidak sepatutnya. Bayi tersebut sepatutnya dibelai dan dimanja oleh ibunya dirumah bagi meneruskan kehidupannya sebagaimana bayi-bayi lain yang sebaya dengannya.

Semoga perbuatan keji sebegini dihindari tuhan daripada terjadinya kepada keluarga kita semua. Ya allah ya tuhan ku aku pohon jua dari mu agar kau tutupi lah pintu hati mana-mana manusia yang mempunyai niat untuk berbuat demikian daripada melakukannya.

Apa yang dapat aku katakan disini punca utamanya ialah tiada keimanan. Apabila tidak ada iman ertinya sudah tidak ada dosa pahla bagi mereka. Mereka akan lakukan sesuatu tanpa memikirkan dosa pahla asalkan perbuatan tersebut memuaskan hati dan nafsu serta tidak memberi masalah kepada mereka. Biarpun perbuatan yang dilakukan itu keji atau terkutuk.

Disamping itu tidak cukup kasih sayang juga adalah puncanya. Keadaan rumahtangga yang sentiasa bermasaalah dan ibubapa yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk anak-anak membuatkan anak terabai dan terasing. Maka mulalah anak-anak mencari kepuasan dan ketenangan dengan bergaul bebas dengan kawan-kawan diluar rumah. Oleh kerana tiadanya keimanan maka terjadilah perbuatan-perbuatan keji yang antara lainnya lahirnya anak luar nikah. Oleh kerana malu untuk mempunyai anak tersebut dan tiada orang yang hendak bertanggungjawab diatas perbuatannya, jalan penyelesainnya ialah buang saja anak tersebut.

Marilah kita sama-sama memberikan kasih sayang dan keimanan yang secukupnya untuk anak-anak kita. Sebagaimana sibuknya kita, cubalah kita luangkan masa untuknya. Insyaallah bila ada keimanan dan kasih sayang, rumahtangga aman damai saya rasa tuhan akan hindarkan berlakunya sesuatu yang keji keatas keluarga kita. Insyaallah……………

0 Komen pengunjong :