Selamat Hari Lahir

Tanggal 30Hb. Mac 2010 adalah tarikh kelahiran buat anaknda Muhammad Izzat. “ Selamat hari lahir abah ucapkan”. Semoga dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki dan hidup dalam keadaan sejahtera sentiasa. Itulah doa yang abah dan juga maa pinta darinya.


Sempena hari kelahiran ini, sebagai seorang bapa, sebagaimana juga bapa-bapa yang lain mahukan anaknya menjadi seorang yang berguna, abah dan maa juga begitu. Oleh itu nasihat dan pinta dari abah sematkan didada satu semangat baru dalam mengharungi hidup yang penoh mencabar ini. Tingkatkan usaha dalam melakukan sesuatu. Lakukan sesuatu biarlah dengan azam dan tekad untuk Berjaya. Disamping itu jangan lupa kepada allah. Insyaalllah akan Berjaya didunia dan akhirat.
Disamping itu pegang kuat-kuat satu kata-kata emas yang pernah Tok Ki berikan kepada abah * Orang lain boleh buat kita juga boleh buat *. Kata-kata inilah yang abah semat didada dan amalkan selama ini. Anak-anak abah dan maa kesemuanya baik-baik . Sebab itulah abah dan Maa sayangkan kamu semua. Kami semua mahukan kamu semua menjadi manusia berguna untuk keluarga dan juga masyarakat. Tidak lebeh dari itu. Semoga anak abah dan maa akan Berjaya kesemuanya. Insyaallah......................

1 comment :